Saturday 30 June 2012

Solat Sunat Tasbih

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...


Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali..


KAIFIAT MELAKSANAKANNYA

Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.

Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.


CARA MENGERJAKANNYA

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :

1.Sesudah kita berniat dan bertakbir,kita membaca doa iftitah..Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali..Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah..Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali..Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk,I'tidal,sujud,duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua..


2.Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah,selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk,I'tidal,sujud,duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada masa untuk mengerjakan rakaat yang berikut..


Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat..

3.Surah yang biasa dibaca ialah :
Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur),Surah Al-Asr pada Rakaat 2,Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4..


Perlu kita ingatkan jika sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)..


NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ

Maksudnya :"Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Ta'ala."


TASBIH YANG DIBACA

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Maksudnya :"Maha suci Allah dan pujian bagi Allah,tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar..Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung."


DOA SOLAT TASBIH

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .



اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.

Ya Allah,ya Tuhan kami,kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau..

Ya Allah,kami memohon kepada-Mu,jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau,Maha Suci Engkau sebagai Pencipta..


JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam

WAKTU
JUMLAH TASBIH
Selepas Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat
15
JUMLAH
150 X 2 = 300

2. 4 Rakaat 1 Salam
WAKTU
JUMLAH TASBIH
Selepas Iftitah sebelum Fatihah
15
Sesudah surah Rakaat 1
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas surah Rakaat 2
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Awal
15
Selepas Tahiyyat Awal
15
Sesudah Fatihah Rakaat 3
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Selepas Fatihah Rakaat 4
10
Rukuk
10
I'tidal
10
Sujud
10
Duduk antara dua sujud
10
Sujud kedua
10
Sebelum Tahiyyat Akhir
15
JUMLAH
300

Wallahu a'lam...
Semoga Bermanfaat..^_^

Cara Solat Sunat Tasbih

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...


Sabda Rasulullah s.a.w kepada bapa saudaranya Abbas Bin Abdul Muthallib:

"Wahai Abbas bapa saudaraku,Aku ingin memberikan padamu,aku benar-benar mencintaimu,aku ingin engkau melakukan sepuluh sifat,jika engkau melakukannya Allah akan mengampuni dosamu,baik yang pertama dan terakhir,yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja maupun yang disengaja,yang kecil maupun yang besar,yang tersembunyi maupun yang terang-terangan."

Sepuluh sifat adalah: Engkau melaksankan solat empat rakaat,engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah,apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri,maka ucapkanlah:
"Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali."

Kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk,kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud,kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali..Itulah 75 kali dalam setiap rakaat,dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat..Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari,maka lakukanlah,jika tidak,maka lakukanlah satu kali seminggu.. Jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali,jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu."

- H.R.Abu Daud-

Friday 29 June 2012

♥ ♥ ~Salam Ikhlas Penuh Ukhuwah ~♥ ♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...


Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain..Renunglah dengan mata hatimu setulusnya..Janganlah kerana peribadi burukku,menghalang dirimu melakukan yang terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan Agama Allah s.w.t..Ambillah mutiara kata ini buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran..


Sahabatku..

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru..Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keislaman dalam dirimu,semoga Nur Ilahi akan membening seluruh perjalanan hidupmu..


Sahabat Muslimahku..


Keremajaanmu menyegarkan pandangan dan melimpahkan nyaman pada malam..Dengan keremajaanmu,kamu boleh sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran..Ingatlah,kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia..Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kamu cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat..


Peliharalah keindahan yang kamu miliki kerana Allah s.w.t mengujimu dengan menciptakan kamu pada bentuk yang teramat indah,halus dan sempurna..Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan memandangmu dengan pandangan yang luar biasa..


Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan..Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis..Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu..Berhati-hatilah menggunakan lidahmu,jangan sampai bibirmu menuturkan bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain..Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara..Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan,yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kamu miliki setanding dengan ketulusan peribadimu..


Sahabat Muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana..Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan..Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna..Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu..Rebahkan pandangan matamu,renunglah setiap inci bumi,nescaya kamu berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu..


Sahabat Muslimah Yang Dikasihi...

Sesekali,mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang,nescaya kamu akan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul 'Alamiin'..Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian..Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat..Sedarlah,hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan..Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri alangkah kosongnya jiwa,alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa..Salutilah tubuhmu dengan Iman,kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan..Bersihkanlah hatimu,kemanisan Iman sukar dikecapi tanpa janji Allah s.w.t..


Jadilah seorang Muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati..Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan..Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawwuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan..


Serikandi Muslimah sejati..

Alangkah baiknya di saat-saat kamu dilanda Musibah,kamu tabah mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan..Tatakala kamu dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia,maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali kehadrat Ilahi,moga-moga kamu bakal bertemu kedamaian..


Sucikan wajahmu dengan air wudhu dan basahkan matamu dengan air mata keinsafan..Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kamu hembuskan seikhlas jiwa,semurni sanubari memohon keampunan..Renunglah,resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah s.w.t kecintaan Allah melimpah dan melaut di segenap penjuru alam,walaupun ada yang lupa erti kehidupan..


Dan,roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kamu terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kamu dan DIA..Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kamu bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izin-NYA,insyaAllah..




Akhirul kalam,ingatlah walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat,jangan sesekali menyombong diri..Sesungguhnya wanita itu lemah.Dan dijadikan Ar rijal sebagai pelindung buatmu..Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh Imannya.. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan dan tunjang kecintaan kepada Ilahi, insyaAllah..^_^

Wallahu a'lam...

Bismillah 6

Fadhilat Bismillah...


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...


Bismillaahis samii'il bashiir,alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in a'lim.

Bismillahil khallaqil a'liim,alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul a'liim.

Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal a'liimul khabiir.

Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal a'liimul qadiir.

Bismillaahil aziizil kariim,alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal aziizul kariim.

Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.


Ertinya :

1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat,Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa dengannya,dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.

2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui,Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa dengannya,dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.

3. Dengan nama Allah,Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa dengannya,dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.

4. Dengan nama Allah,Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa dengannya,dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah,Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa dengannya,dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa dengannya,dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim.


Fadhilat dan fungsi bismillah 6

- Makbul segala hajat dan cita-cita.

- Luas rezkinya.

- Menang dalam peperangan.

- Penerang hati.

- Diajuhkan dari segala penyakit.

- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.

- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat,jin dan syaitan.

- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.

- Aman daripada binatang2 buas.

- Air laut menjadi tawar.

- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi,tikus atau burung.

- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

- Terselamat dari karam dilaut.

- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.

- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.

- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaAllah lari iblisnya.

- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau,seperti yang diperbuat daripada miang rebung,ulat buku mati beragan,hempedu katak dan sebagainya.

- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.



Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas :

letakkan tangan ditempat yang sakit,tahan nafas dan baca Al-Fathihah dan juga ayat
Bismillah Enam ini..Tiup tempat tersebut dah urut sedikit..Baca juga ayat ini pada
air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum..Angin akan keluar
daripada pesakit dan diikuti oleh muntah..InsyaAllah.

Wallahu a'lam...

Thursday 28 June 2012

Berkat Membaca Bismillah

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama,tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan..
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah..Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya..
Suaminya berkata sambil mengejak,"Asyik Bismillah,Bismillah..Sekejap-sekejap Bismillah."


Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberikan hidayah kepada suaminya..Suatu hari suaminya berkata:"Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya,dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata,"Simpan duit ini."Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat,di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya..Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya..


Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,"Bismillahirrahmanirrahiim."Ketika itu Allah s.w.t menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali..


Alangkah terperanjat suaminya,dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya,ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah,dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja..

Wallahu a'alam....

Tuesday 26 June 2012

♥~ Wanita ~♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Assalamualaikum...


Wanita..Akal Senipis Rambutnya..Jangankan lelaki biasa,malah Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita..Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah..Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya..Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga?Namun adam tetap rindukan Hawa..


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok..Untuk diluruskan oleh lelaki.. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus..Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah s.w.t,kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..


Didiklah mereka dengan panduan darinya..Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,kerana nantinya mereka semakin liar..Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,kerana nantinya mereka akan semakin derita..Kenalkan mereka kepada Allah s.w.t,zat yang kekal..Di situlah punca kekuatan dunia..Akal senipis rambutnya,tebalkanlah ia dengan ilmu..Hati serapuh kaca,kuatkanlah ia dengan iman..Perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan Akhlak..


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya..Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Illahi Rabbi..Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Allah s.w.t..Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah..Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur,dan tidak akan menghiburkan..Tanpa iman,ilmu dan Akhlak..Mereka tidak akan lurus..Bahkan akan semakin membengkok..Itulah hakikatnya supaya wanita kenal Illahi Rabbi yang maha berkuasa mencipta segalanya..


Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara..Lelaki pula bukan sekadar mengharapkan ketaatan semata-mata..Tapi binalah kepimpinan melalui bimbingan..Pastikan sebelum wanita bertemu Ilahi Rabbi,selamatkan dan sempurnakanlah dirinya..Dekatkan dirinya kepada Allah s.w.t..Nescaya akan dipermudahkanlah Allah kepentingan dunia dan akhirat dibawah pimpinanmu..Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali..



Wallahu a'lam...

Monday 25 June 2012

Hadith Rasullah S.A.W

Cahaya Agama Islam Itu Indah...

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Assalamualaikum...


Semoga Ceria Dan Tenang
Dalam Menjalani Kehidupan Disamping Keluarga Tersayang...

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hujurat Ayat :13,yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak,supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain)..Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.. Sesungguhnya Allah maha mengetahui,lagi maha mendalam pengetahuanNya."
 
SESUNGGUHNYA HIDUP DIDUNIA HANYA LAH SEMENTARA SAHAJA...
AKHIRATLAH YANG KEKAL SELAMA LAMANYA...



Beruntunglah manusia yang beragama Islam kerana Firman Allah s.w.t : 
"Sesungguhnya agama disisiku adalah agama Islam" Ternyata Islamlah yang mengatasi segalanya dan sesuai pada apa keadaan dan zaman sekali pun..Maka carilah dimana kehebatannya yang dianugerahkan Allah s.w.t..Pada mereka yang beragama Islam..Hingga manusia yang berlainan agama merasa aman dan bahagia berdampingan dengan kita."

Wallahu a'lam... ..

♥~ Bingkisan Buatmu Duhai MUSLIMAH ~♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

 Assalamualaikum...


Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak,dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu..Namun,inilah yg mampuku lafazkan,yg mampuku laungkan..Ku harap segalanya diterima dengan berlapang dada,kerana inilah taklifan buat diriku yg bergelar Adam,untuk meluruskan tulang rusuk yg ditakdirkan bengkok..


 Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?


Melihat senario kaum Hawa dewasa ini,diriku tertanya2 penuh kemusykilan..Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya?Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yg disusun-Nya?Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama?Ingatlah duhai muslimah..Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian..Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan..Hanyalah redha-Nya yg kita impikan,bukannya undangan kemurkaan-Nya yg kita harapkan..


"Takutlah kamu kepada wanita,kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita." (Mutafaq 'alaih)


Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yg dirindui,sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia..Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak,sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid..Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah..


Wanita itu boleh menjadi madu,kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah..Inilah yg diharapkan dari insan yg bergelar muslimah solehah..Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun,bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yg dicintai..Nauzubillahi min zaalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat,membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu..


"Dunia adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (Mutafaq 'alaih).


Jadilah perhiasan dunia,yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan..Sirami jiwamu dengan titis haruman iman,maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata.. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah,menjadikan dirimu disenangi segala makhluk dan juga Al-Khaliq..Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yg bermanfaat,sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana..


Inilah titipan dari hamba-Nya yg tidak mengerti apa2..Moga mengalirlah air mata keinsafan..Sesungguhnya apa yg baik itulah ketentuan dari-Nya..Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri,natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa..Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya..:'(
 

Wallahu a'lam...

Hadith Rasullah S.A.W

 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Assalamualaikum...



7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
7 golongan yang akan dilindungi Allah s.w.t di bawah bayangan rahmatNya
pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:
  1. Pemerintah yang adil.
  2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid.
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah..Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita,lalu dia berkata: "Sesungguhnya saya takut kepada Allah."
  6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari,Muslim dan lain-lain)

Sunday 24 June 2012

♥♥ Penyejuk Jiwa Penyubur Iman ♥♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

 Assalamualaikum...


 Wanita Ciptaan Istimewa...

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya,sementara kegagahan seorang lelaki
ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.



 2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.



 3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.



 4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.



 5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah
mata kaum wanita.



 6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang
terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.



 7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan
menyusahkan seorang lelaki.



 8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,
dan apabila ia sudah memperolehinya,ia menginginkan segala-galanya.



 9. Wanita dapat memaafkan suatu pengkhianatan suaminya,tetapi dia
tidak dapat melupakannya.



 10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.



 11. Sebelum kahwin,wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah
kahwin,ia hafal seluruh pertanyaan.



 12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya,maka dia telah
menjual kemerdekaannya.



 13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki..Tanpa pelita,lelaki
bermalam dalam kegelapan.



 14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan
peristiwa yang menyebabkan dia menangis.



 15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia
menginginkan sesuatu.



 16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang termulia.



 17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci,dan
tidak mengenal pertengahannya.



 18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat
dia berkahwin.



 19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi
oleh isteri yang mulia.



 20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,sementara lelaki
mencintai untuk hidup berbahagia.



 21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.


 22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya,dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.



 23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia,sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.



 24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik,yang ada ialah kaum lelaki
yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.



 25. Bagi lelaki,yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.



 26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.



 27. Pada waktu bertunang,lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan..Pada saat perkahwinan,perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan..Sesudah perkahwinan,suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.


 28. Setiap wanita mempunyai dua mata..Adapun wanita yang cemburu berlebihan
mempunyai tiga mata..Satu di sebelah kanan,satu di sebelah kiri
dan yang ketiga diarahkan kepada suami.



 29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus,munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.



 30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.



 31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang mencintainya.



 32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.
 

 Semoga Bermanfaat...^_^
Wallahu a'lam..

♥~ Halaqah Cinta Kita ~♥


Assalamualaikum...
 
 
Salam kasih sayang..Segalanya bermula di sini.. ♥

♥~ Halaqoh CINTA kita ~♥
♥~ Jika sepasang KEKASIH berdating di taman..Kita tidak sabar2 berdating dalam LIQA'cintanya..♥
 
♥~ Jika sepasang KEKASIH bercumbuan dalam bersembunyi,di bawah cahaya rembulan,berdua-duaan,jauh dari orang..Kita berkasih SAYANG dalam sembunyi dan terang tanpa rasa TAKUT dan BIMBANG..♥
 
 
♥~ Jika sepasang KEKASIH sering bermadah berhelah..Kita berhibur dengan madah KALAMULLAH..♥
 
 
♥~ Jika sepasang KEKASIH sering memadu kasih atas ransangan NAFSU..Kita berkasih atas landasan UKHWAH FILLAH..Bebas daripada dorongan NAFSU semata..♥
 
 
♥~ Jika sepasang KEKASIH akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya..Kita pula berusaha sedaya upaya kita untuk menunaikan apa sahaja kemahuan perintah Yang Maha PENCIPTA kita..♥
 
 
♥~ Jika sepasang KEKASIH memejam mata pada aib kekasihnya kerana saling menjaga HATI..Kita sentiasa menjaga AKHLAK dan PEKERTI sesama kita..♥
 
 
♥~ Dengan saling nasihat menasihati agar makin BERKUALITI..♥
 
 
♥~ Jika sepasang KEKASIH merasakan dunia ini mereka yang punya..Kita sentiasa menyedari HAKIKAT bahawa dunia ini ALLAH yang PUNYA..♥
 
 
♥~ Jika sepasang KEKASIH sanggup mengorbankan hartanya,keluarganya dan maruahnya demi CINTA..Kita sanggup korbankan segala2nya demi CINTA AGUNGNYA..♥
 
 
♥~ Dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya..♥
 
 
♥~ Moga ia bukan madah semata tetapi terbukti pada PEKERTI dan ROHANI kerana SAYANG kita pada ALLAH S.W.T...♥ ^_^
 
 
Wallahu a'lam...
Aamiin Ya Allah...
 

Tafsir Al-Quran

Surah Al-Baqarah Ayat :31-60


Bismillah
"Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."


 A031
"Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam,akan segala nama benda-benda dan gunanya,kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar."


 A032
"Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana."


 A033
"Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka"..Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka,Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi,dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?."


 A034
"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam"..Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis;ia enggan dan takbur,dan menjadilah ia dari golongan yang kafir."


 A035
"Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga,dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai,dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim."


 A036
"Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi,serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)."


 A037
"Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya),lalu Allah menerima taubatnya;sesungguhnya Allah,Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat),lagi Maha Mengasihani."


 A038
"Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu!Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka),maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka,dan mereka pula tidak akan berdukacita."


 A039
"Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami,mereka itu ialah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya."


 A040
"Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu,dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu,supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu;dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut,(bukan kepada sesuatu yang lain)."


 A041
"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu,dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia;dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya;dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa."


 A042
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah,dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."


 A043
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat,dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."


 A044
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah,tidakkah kamu berakal?"


 A045
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"


 A046
"(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka,dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."


 A047
"Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu,dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya)."


 A048
"Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat),yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab),dan tidak diterima syafaat daripadanya,dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan;dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan."


 A049
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan orang-orangnya,yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya;mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu;sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu."


 A050
"Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun),maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya,sedang kamu semua menyaksikannya."


 A051
"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam..Kemudian,setelah ia pergi,kamu menyembah (patung) anak lembu,dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)."


 A052
"Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu,supaya kamu bersyukur."


 A053
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya,yang membezakan antara yang benar dengan yang salah),supaya kamu mendapat petunjuk."


 A054
"Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku!Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;iaitu bunuhlah diri kamu..Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu,supaya Allah menerima taubat kamu itu..Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat),lagi Maha Mengasihani."


 A055
"Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)"..Maka kerana itu kamu disambar petir,sedang kamu semua melihatnya."


 A056
"Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu),supaya kamu bersyukur."


 A057
"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa",(serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu"..Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu),tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri."


 A058
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini,kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya,apa sahaja yang kamu sukai..Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri);dan (mintalah ampun dengan) berkata: "Ya Allah ampunilah dosa kami".supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu,dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik."


 A059
"Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya;maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit,dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka)."


 A060
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu",(ia pun memukulnya),lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air;sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu,dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."

Renungan


Assalamualaikum...


Apabila kita tidak  berilmu,kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar..Kita tidak boleh menjadi orang sombong,kerana dengan kesombongan itu,kita akan menjadi orang bodoh..Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD),jika dia sombong,ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan dia lebih bijaksana..Hal  ini  kerana,orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan..Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara..

Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu..Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya..
Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang,tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja..

Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawadhu atau merendah diri..Seorang yang tawadhu akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja..Dia juga rela ditegur dan dikritik..Kepada orang yang merendah diri,Allah s.w.t akan berikan padanya hati yang lapang,fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak..

Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah s.w.t dan manusia tetapi dengan syarat,orang itu merendah diri..Namun sekiranya dia angkuh,tunggulah,ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah..
Ingatlah,rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.. 

Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)

Semoga Bermanfaat - Istiqomah & Muhasabah Diri Selalu...^_^

♥~Jagalah Hati~♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .


Assalamualaikum...


 ~♥~ TAKUTNYA jika dalam satu-satu hari,ada rasa happy..tapi Allah Ta'ala TIDAK REDHA dan TIDAK HAPPY pun dengan kita dan dengan apa yg kita happy..Allahhu Musta'an, GELISAHKANLAH hati dengan dosa..TENTERAMKANLAH hati dengan pahala..♥




 Dari Wabishah bin Ma'bad,ia berkata:
"Aku telah datang kepada Rasulullah s.a.w,lalu beliau bersabda: "Apakah engkau datang untuk bertanya tentang KEBAJIKAN?" Aku menjawab, "Benar." Beliau bersabda: "Mintalah fatwa dari hatimu..Kebajikan itu adalah apa-apa yang MENTENTERAMKAN jiwa dan MENENANGKAN hati dan DOSA itu adalah apa-apa yang MERAGUKAN jiwa dan MERESAHKAN hati,walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya."
(HR Ahmad dan Darimi,hadith hasan)



 ~>Sahabat
HARI yang baru,HATI yang baru!
Selamat memulakan HARI dan HATI yg baru..^_^
Wallahu a'lam...






Malulah Pada Allah Dengan Sebenar-benar Malu

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

 Assalamualaikum...


~Allah Ta'ala MELARANG melihat yg BUKAN MAHRAM,tetapi kita melihatnya bahkan lebih dari itu..lalu dengan apakah kita akan masuk SYURGANYA?

 

~ Allah Ta'ala MENYURUH mendirikan solat 5 waktu tetapi kita meninggalkannya dengan ALASAN KESIBUKKAN KERJA,SEKOLAH atau terlelap dalam tidur..lalu dengan apakah kita akan masuk SYURGANYA?



~ Saat orang lain MENANGISI dosa-dosa kecil mereka,sedangkan kita masih mampu KETAWA dengan dosa-dosa BESAR yg telah kita lakukan..lalu dengan apakah kita akan masuk SYURGANYA?

 

~ Saat orang lain memperjuangkan RISALAH ISLAM,tidak jemu BERDAKWAH menyeru umat..dan kita di sini tidak menyertai malah MENENTANGNYA dengan pelbagai ALASAN..lalu dengan apakah kita akan masuk SYURGANYA?


~ Jika tidak ada satu KEBAIKAN pun yg kita lakukan semasa hidup di dunia ini,dalam agama kita..walaupun kita dilahirkan dalam ISLAM,hanya pada nama..bukan pada PERBUATAN dan AMALAN,malah sentiasa melakukan kejahatan..seolah-olah MATI itu jauh lagi dari kita..lalu dengan apakah kita akan masuk SYURGANYA?


 Muhasabah

~> Syurga itu indah,manis dan kekal..semua insan mengimpikannya tetapi apakah RUANG KEBAIKAN,PERJUANGAN,USAHA yg telah kita perbuat untuk ke sana?Untuk mendapatkannya?Adakah hanya dengan ANGAN-ANGAN,hanya dengan IMPIAN..tanpa USAHA kukuh,TAWAKAL penuh,ISTIQAMAH berterusan..mampukah kita untuk MEREBUTNYA? 



Tidak berasa CEMBURUKAH kita,tidak berasa MALUKAH kita apabila melihat manusia BERSUNGGUH-SUNGGUH berjuang untuk islam,berusaha merebut apa yg telah DIJANJIKAN Allah s.w.t..tanpa kenal erti putus asa,dan kita masih di sini..merenung dari KEJAUHAN tanpa memulakan usaha ke arah itu..MALULAH wahai diri,kata cintakan Allah dan Rasul tetapi masih INGKARI akan segala suruhannya..malulah wahai diri,kata SYAITAN itu musuh yg NYATA tetap masih diri kita mengikuti jejak langkahnya ke NERAKA..malulah..
Wallahu a'lam....



Surah Al-Baqarah Ayat : 1-30

Bismillah
"Dengan nama Allah,Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."


A001
"Alif,Laam,Miim."


A002
"Kitab Al-Quran ini,tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa."


 A003
"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."

 A004
"Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad),dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)."

 


A005

"Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka,dan merekalah orang-orang yang berjaya."


 A006
"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman),sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran,mereka tidak akan beriman."


 A007
"(Dengan sebab keingkaran mereka),Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka,dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."


A008
"Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman."


 A009
"Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman,padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri,sedang mereka tidak menyedarinya."


 A010
"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka;dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya,dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)."


 A011
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan."


 A012
"Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan,tetapi mereka tidak menyedarinya."

 


A013

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh,tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."


A014
"Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman,mereka berkata: " Kami telah beriman" dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka,mereka berkata pula:"Sesungguhnya kami tetap bersama kamu,sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)."


A015
"Allah (membalas) memperolok-olok,dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu)."


A016
"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah."


 A017
"Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api;apabila api itu menerangi sekelilingnya,(tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka,dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita,tidak dapat melihat (sesuatu pun)."


 A018
"Mereka (seolah-olah orang yang) pekak,bisu dan buta;dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)."


A019
"Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit,bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat;mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati..(Masakan mereka boleh terlepas),sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu."


A020
"Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya),mereka berjalan dalam cahayanya..Dan apabila gelap menyelubungi mereka,berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya)..Dan sekiranya Allah menghendaki,nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka;sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."


A021
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu,supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa."


A022
"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan,dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit,lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah,sebarang sekutu,padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)."


A023
"Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad),maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu,dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah,jika betul kamu orang-orang yang benar."


 A024
"Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya,dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya,maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala),(iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir."


 A025
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh,sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu,mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya),dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan,isteri-isteri yang sentiasa bersih suci,sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."


 A026
"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja,(seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya),iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu,dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik."


 A027
"(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya,dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan,dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi..Mereka itu ialah orang-orang yang rugi."


A028
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir),kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu,kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat);akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)."


 A029
"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit,lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


 A030
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?." Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...