Monday, 16 July 2012

Apa Makna Wanita Diciptakan Dari Tulang Rusuk Yang Paling Bengkok

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

"Berbuat baiklah kepada wanita,kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk,dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas..Maka sikapilah para wanita dengan baik." 
(HR Al-Bukhari Kitab An-Nikah No.5186)

Ini adalah perintah untuk para suami,para ayah,saudara saudara laki laki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita,berbuat baik terhadap mereka,tidak menzalimi mereka dan sentiasa memberikan hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan..Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Berbuat baiklah kepada wanita."

Hal ini jangan sampai terhalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan kerabatnya,baik berupa perkataan mahupun perbuatan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk,sebagaimana dikatakan oleh Nabi s.a.w bahawa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas...

Sebagaimana diketahui,bahawa yang paling atas itu adalah yang setelah pangkal rusuk,itulah tulang rusuk yang paling bengkok,itu jelas..Maknanya,pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan..Kerana itulah disebutkan dalam hadits lain dalam Ash-Shahihain.."Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih bias menghilangkan akal laki laki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita)." 
(HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80) 

Hadits Nabi Muhammad s.a.w yang disebutkan dalam Ash-Shahihain dari hadits Abu Said Al-Khudri radhiyallahu'anhu..Makna "kurang akal" dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w adalah bahawa persaksian dua wanita sebanding dengan persaksian seorang laki laki..Sedangkan makna "kurang agama" dalam sabda baginda adalah bahawa wanita itu kadang selama beberapa hari dan beberapa malam tidak solat,iaitu ketika sedang haidh dan nifas..Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah s.w.t pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini..

Maka hendaknya wanita mengakui hal ini sesuai dengan petunjuk Nabi Muhammad s.a.w walaupun ia berilmu dan bertaqwa,kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu,tapi berdasar wahyu yang Allah s.w.t berikan kepadanya,lalu beliau sampaikan kepada ummatnya,sebagaimana firman Allah s.w.t: 

"Demi bintang ketika terbenam,kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru,dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya..Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)."
(Surah An-Najm Ayat:4) 

Wallahu a'lam...  

♥♥ Yang Bernama Wanita ♥♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Yang bernama wanita….
Diciptakan Allah indah dan suci
Dari rusuk kiri Adam yang bengkok
Damba diluruskan berhati-hati
Damba dilindungi dan dibimbingi

Yang bernama wanita….
Menghampar sakinah,menyejuk mata
Membias kasih,menghulur keikhlasan
"Bukanlah kecantikan dengan pakaian perhiasannya,namun kecantikan itu pada ilmu dan budi pekertinya."

Yang bernama wanita….
Tiga nafsu keduniaan yang disukai manusia selepas takhta dan harta
Punya harga diri yang perlu dipelihara
Besederhana dan pasrah dengan ujian
Justeru menguntumlah mawar suci idaman

Yang bernama wanita….
Nabi menangis keranamu tika isra'mikraj
Kerana ramainya wanita menjadi bahan bakar di neraka jahannam
Wana'uzubillah min zalik!!!

Yang bernama wanita….
Nabi berjuang untukmu
Mengangkat martabatmu ke takhta Taa'la
Lantas bersama-sama menyusur tarbiah rabbaniah

Yang bernama wanita….
Nabi tenang bersamamu
Kerana sucinya kasih yang kau hulurkan
Dirimu kekuatan cintanya,penyambung zuriatnya
Justeru sayap kiri perjuangannya
Dan dirimulah Ummul Mukminin Khadijah,cinta sejati Muhammad Rasulullah

Yang bernama wanita….
Nabi tersenyum keranamu
Kerana cemburu hatimu yang mengharap sayang
Belai kelembutan membuah rindu
Miliki samudera ilmu nan melaut
Justeru menjadi rujukan para sahabah
Dan dirimulah A'isyah,Humaira Rasulullah nan manja

Yang bernama wanita….
Punya kelembutan yang boleh melemahkan kekuatan
Seperti Asiah yang meranapkan keangkuhan Firaun
Seperti Sumaiyah yang thabat dengan syahadah
Seperti saljunya cinta Masyitah
Boleh menyejukkan kawah api nan membahang

Yang bernama wanita….
Mendamba cinta Agung nan hakiki
Berbicara dengan Ilahi di malam dingin sepi
Seperti Rabiatul Adawiyah,menghulur kasih di perdu rindu
Sujud dan rukuk di hamparan suci
Mengintai cahaya Maghfirah Tuhan

Yang bernama wanita….
Taqwa itulah benteng peribadi
Solehah itulah keindahan sejati
Kelembutan itulah hiasan pekerti
Malu itulah iman hakiki
Ilmu itulah pelita hati
Istiqomah itulah penguat diri
Ketenangan dan kesabaran itulah penyeri budi
Kasih dan sayang itulah didamba nurani…..

Sunday, 15 July 2012

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur Dan Hawa Melahirkan Saat Dirinya Terbangun

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Seorang laki-laki jika dia kesakitan,maka dia akan membenci..Sebaliknya wanita,saat dia kesakitan,maka semakin bertambah sayang dan cintanya..Seandainya Hawa diciptakan dari Adam a.s saat Adam terjaga,pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya,hingga dia membenci Hawa..Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur,agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa..Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga,melihat kematian dihadapannya,namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya...
Sesungguhnya Allah s.w.t menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung,hati nurani)..Oleh kerana itu,tugas Hawa adalah menjaga qalbu..Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua..Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani,tukang batu,tukang besi,dan tukang kayu..Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan,dengan hati,dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang,seorang saudari yang penyayang,seorang puteri yang manja,dan seorang isteri yang taat...

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut,seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w :
"Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta,maka dia akan mematahkannya." Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki...

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa,dia memang diciptakan seperti itu..Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitikkan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya..Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf..Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

Wallahu a'lam...
Satu perkongsian peringatan untuk diriku jua..InsyaAllah..^_^

♥♥ Surat Cinta Buatmu Hawa ♥♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Cemburu ku lihat sang pungguk memadu rindu dengan sang bulan..Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan..Cemburu juga aku pada si belangkas yang hidup berkasih-sayang..Tapi aku terus kepiluan..Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu...

Aku terbang bebas dalam duniaku..Ibarat sang helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani..Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini..Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki..Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan,tanpa ada tembok yang membatasi,tanpa ada dinding yang menghalang..Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah...
Hawa....

Bukan ku tewas dengan bayu nan kencang..Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan..Namun,andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat,aku tak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku..Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma..Kau tahu Hawa,aku jadi derita...

Hawa....

Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan..Ku bawa bersama dalam kepayahan..Kau memarahiku kerana egoku..Kau leteri semahumu..Tanpa kau dengan kalamku..Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan..Kerana ego mencipta karisma dan kewibawaan..Namun,tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran..Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar ku tetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang..Tapi,tafakurku sejenak di peperhinan,kenapa kau tidak lagi menjadi hawa yang dulu??

Hawa....

Ku sedar,kehadiranmu kupinta di syurga kerana ku akur tiada nikmat yang boleh menandingi keistimewaanmu..Kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dada untuk dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi...

Hawa....

Dulu,kuperlukanmu sebagai teman berbudi..Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi..Kaulah creminku yang sentiasa memuhasabah diri..Tapi,kini keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti..Kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan..Kaumku kekaburan,matanya bertelanjang..Hatinya lemas ditelan keasyikkan..Ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!!!Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran???Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaian???Tidakkah kau tahu,tubuhmu yang montok menjadi hidangan enak buat mata,racun pada jiwa..Aku boleh terhumban ke neraka kerananya..Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda,air matamu untuk melemahkan iman..Oh Hawa,aku rindukan Hawa yang dulu!!!Malu,terjaga,terpelihara...

Hawa....

Ku tahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan..Lantaran itu,ku datang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam dikaki,bukan juga mengugut dengan paruh berbisa,tapi supaya direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri..Dengarlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu,sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah..Merekalah lambang kemuliaan insan bernama Hawa...

Hawa....

Namamu indah,biarpun dimana,di segenap jiwa,
kaulah ibu,terukir kasih di setiap dada,
kaulah kekasih,dirindui saban ketika,
kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata,
kaulah adik,pemberi semangat paling berguna,
kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada...

Ketahuilah Hawa....
kau kupuja,

kerana rahim lembutmu melahirkan kaumku yang berhati waja,
kerana ayunan lembut tanganmu,membesarkan aku dengan terjaga,
kerana kewanitaanmu,taman hidup tempat cintaku berbicara,
kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora,
kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia seisinya...

Maka,ku datang padamu Hawa,membawa ubat dengan penuh cinta..
Ubatilah dirimu agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang bahkan sayapku kibar penuh bangga,mencipta taufan....

Wallahu a'lam....

Saturday, 14 July 2012

Nasihat Buat Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

1. Jauhilah olehmu banyak bicara (yang tidak bermanfaat) dan jagalah mulutmu dari cerewet..Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

"Tiada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka,kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh(manusia) memberi sedekah,atau berbuat ma'ruf,atau mengadakan perdamaian di antara manusia." (Surah An-Nisa' Ayat:114)
 
Ketahuilah bahawa di sana ada orang yang menghisab pembicaraanmu dan menghitungnya atasmu..
Allah s.w.t berfirman:

"Seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri..Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir."
(Surah Qoof Ayat:17-18)

Ringkaslah pembicaranmu,dan bicaralah sebatas maksud dan tujuanmu..

2. Bacalah Al-Quran Al-Kareem,dan berusahalah agar ia menjadi wirid harianmu,juga berusahalah untuk menghafalkannya sesuai dengan kemampuanmu,agar engkau memperoleh pahala yang besar kelak di hari akhirat..

Diriwayatkan dari Abdullah Bin Amir Radhiyallahu 'Anhu,dari Nabi Muhammad s.a.w baginda bersabda:


"Kelak (di hari kiamat) akan dikatakan kepada pembaca Al-Quran,bacalah,pelan-pelanlah dan tartilah (dalam membacanya) sebagaimana kamu mentartilkannya ketika di dunia,sesungguhnya tempat dan kedudukanmu ada pada akhir ayat yang kamu baca."(Hadits Shahih,Tirmidzi,1329)

3. Tidak baik jika kamu membicarakan semua pembicaraan yang telah kamu dengar,sebab yang demikian itu memberi peluang kepadamu untuk jatuh dalam lubang kebohongan..

Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu meiwayatkan,sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Cukuplah seorang dianggap sebagai pembohong,jika dia membicarakan semua apa yang telah didengarnya."(Muslim dalam Mukaddimahnya,Hadits No:5)


4. Jauhilah sifat sombong dan bangga diri dengan sesuatu yang bukan milikmu kerana untuk pamer dan menyombongkan diri di depan manusia..

Diriwayatkan dari Aisyah Radhiyallahu 'Anha bahawa ada seorang perempuan yang berkata:
"Wahai Rasulullah s.a.w,aku katakan bahawa suamiku telah memberiku sesuatu yang tidak pernah diberikan kepadaku."

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang yang merasa kenyang dengan sesuatu yang tidak diberikan kepadanya sebagaimana orang yang memakai pakaian kepalsuan." (Muttafaq Alaih)

5. Sesungguhnya zikir kepada Allah s.w.t memiliki pengaruh yang Agung bagi kehidupan ruh,jiwa,badan,dan sosial seorang muslim..Oleh kerana itu wahai ukhti muslimah berusahalah berzikir kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan,sesungguhnya Allah telah memuji hamba-hamba-Nya yang ikhlas kepada-Nya,firman-Nya:

"Iaitu orang-orang yang mengingat (zikir) Allah sambil berdiri,atau duduk atau dalam keadaan berbaring." (Surah Ali Imran Ayat:191)

Abdullah Bin Basar Radhiyallahu 'Anhu mengatakan: bahawa ada seorang laki-laki berkata:
"Wahai Rasulullah s.a.w,sesungguhnya telah banyak syariat Islam yang telah aku ketahui (dan telah aku jalankan),dan sekarang beritahukanlah kepadaku tentang sesuatu yang bisa aku jaga dan jalankan."

Baginda bersabda: "Senantiasa engkau basahi lisanmu dengan zikir kepada Allah." 
(Shahih,Sunan Tirmidzi, 2687)


6. Jika engkau hendak berbicara janganlah engkau agung-agungkan,jangan engkau fasih-fasihkan,dan jangan pula engkau buat-buat,sebab yang demikian itu adalah sifat yang dibenci oleh Rasulullah s.a.w baginda bersabda:

"Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya kelak di hari kiamat ialah mereka yang suka bicara (yang tidak berfaedah),dan yang suka mengada-adakan pembicaraannya, dan para Mutafaihiqun (orang yang mengagung-agungkan pembicaraan bohong)."(Hadits Shahih Diriwayatkan Oleh Tirmidzi,1642)

7. Hendaklah engkau berteladan kepada Rasulullah s.a.w,yang senantiasa lebih banyak diam dan berfikir, tidak memperbanyak tertawa berlebih-lebihan di dalamnya..

Diriwayatkan dari Sammak,ia berkata: "Aku berkata kepada Jabir Bin Samurah: pernahkah kamu duduk(bermajlis) dengan Rasulullah s.a.w?"

"Dia menjawab: pernah,baginda itu banyak diam dan sedikit tertawa..Pernah para sahabatnya membaca syair dan menceritakan tentang urusan mereka,lalu mereka tertawa,tetapi Rasulullah s.a.w ketika itu hanya sekadar tersenyum."(Musnad Ahmad,5/86)


Jika kamu berbicara,maka batasilah pembicaraanmu hanya yang baik-baik saja,jika kamu tidak bisa maka diam itu lebih baik bagimu..Rasulullah s.a.w bersabda:

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia mengatakan yang baik atau lebih baik diam." (Bukhari)

8. Janganlah sekali-kali memutus pembicaraan orang lain atau membantahnya atau menampakkan pelecehan terhadapnya,tetapi jadilah pendengar yang baik yang mendengarkan pembicaraan orang lain dengan sopan (sebagai tanda budi baikmu),dan jika engkau terpaksa membantah ucapan mereka bantahlah dengan cara yang lebih baik (untuk menampakkan kepribadianmu)..

9. Waspadalah sepenuhnya dengan sikap mengejek dan merendahkan dialek pembicaraan orang lain,seperti terhadap orang yang kurang lancar bicaranya atau terhadap mereka yang berbicara dengan tersendat-sendat..

Allah s.w.t berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman,janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka yang mengolok-olok,dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang diolok-olokkan) lebih baik dari wanita (mengolok-olok)."(Surah Al-Hujurat Ayat:11)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seorang muslim adalah saudara orang muslim yang lainnya,tidak boleh menzaliminya,tidak boleh menghinanya dan tidak juga meremehkannya....,cukuplah seseorang telah berbuat kejahatan jika ia meremehkan saudaranya yang muslim." (HR.Muslim,2564)

10. Jika engkau mendengar bacaan Al-Quran Al-Karieem,maka hentikan pembicaraanmu apapun masalah yang sedang engkau bicarakan,kerana menghormati terhadap kalamullah,dan untuk mengindah perintah-Nya yang mana Dia telah berfirman:

"Dan apabila dibacakan Al-Quran,maka dengarkanlah baik-baik,dan perhatikanlah dengan baik (tenang) agar kamu mendapat rahmat."(Surah Al-'Araf Ayat:204)

11. Senantiasa menimbang kata-kata (ucapanmu) sebelum diucapkan oleh lisanmu,dan berusahlah agar kalimat yang terucap oleh lisanmu adalah kalimat yang baik dan menyejukkan tetap dalam kerangka jalan kebaikan,jauh dari keburukan dan sesutau yang menghantarkan kepada murka Allah s.w.t..Sesungguhnya kata-kata itu memiliki tanggungjawab yang besar,sudah berapa banyak kata-kata yang memasukkan pengucapnya ke dalam syurga,sebaliknya sudah berapa banyak kata-kata yang menenggelamkan pengucapnya ke lembah Jahannam..

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu dari Nabi Muhammad s.a.w baginda bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan sebuah pembicaraan yang mengandung redha Allah,seakan-akan manusia tidak peduli dengannya maka Allah akan mengangkatnya dengannya beberapa derajat,dan seorang hamba berbicara dengan suatu yang dimurkai Allah,seakan-akan manusia tidak peduli dengannya maka Allah menceburkannya kerananya ke dalam lembah Jahannam."(HR.Bukhari,6478) 

Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Muadz Bin Jabal Radhiyallahu 'Anhu bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w : "Apakah kita ini akan dimintai pertanggungjawaban atas kalimat yang kita ucapkan?"

Baginda bersabda: "Ibumu telah kehilangan dirimu membinasakanmu wahai Muadz,tidaklah ada seorang manusia yang ditelungkupkan wajahnya kedalam neraka,kecuali disebabkan oleh hasil lisannya."(Hadits Shahih,Diriwayatkan Oleh irmidzi,2110) 

12. Pergunakanlah lisanmu untuk beramar ma'ruf dan nahyu munkar serta untuk berdakwah kepada kebaikan,kerana lisan adalah nikmat Allah yang Agung yang telah dikurniakan kepadamu..

Allah s.w.t berfirman: "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka,kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah,atau berbuat ma'ruf,atau mengadakan perdamaian diantara manusia."(Surah An-Nisa' Ayat:114) 

Wallahu a'lam.... 

Friday, 13 July 2012

Mencari Ketenangan Di Kesunyian Malam

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Renungan penuh hikmah,renungan hidup penuh manfaat,renungan hati penuh makna,renungan malam penuh tujuan,renungan harian penuh erti,renungan cinta menumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang,renungan Islam penuh berkah,kerana renungan adalah sarana yang tepat untuk introspeksi diri,kerana renungan boleh sebagai motivasi hidup,dan untuk inilah ana tulisakan catatan renungan hidup sebagai pengingat diri..

Di keheningan malam ini,saat bulan purnama menyinari bumi,ana merasa ingin sekali menuliskan sesuatu tentang catatan renunganku saat sepertiga malam ini..Semoga catatan renungan ini banyak membawa hikmah dan manfaat untuk diri sendiri,keluarga dan tak lupa untuk  sahabat-sahabat ana di luar sana..Dan sebagai pedoman hidup ana bahawa renungan adalah awal dari petualangan dan perjalanan  hidup,bukan sebagai akhir dari usaha dan ikhtiar kita...

Setiap orang akan berbeda dalam menyikapi berbagai gejolak hidupnya..Menyikapi hidup dan kehidupan terkadang susah..Susah untuk bicara,susah untuk dijalankan..Adakalanya kita perlu berfikiran jernih sehingga semuanya nampak indah,dan adakalanya hati kita dalam keadaan  gelap sehingga keluh kesah pun tak dapat dihindari..Keluh kesah dan ketenangan silih berganti menyelimuti perjalanan hidup kita..Dan semuanya sudah menjadi hukum Allah s.w.t bahawa kehidupan ini memang selalu berputar dan berpasang-pasangan,yang menjadikannya sebagai ujian,pelajaran,cubaan dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir...

Manusia dengan perbedaan cara pandangannya,selalu menanti kehadiran masa-masa yang tenang sehingga dapat menjadikannya sebagai sebuah kebahagiaan dan ketenteraman yang dalam..Masa-masa yang tenang ini akan sangat berdampak pada penjernihan akal dan fikiran manusia..Tetapi tidak sedikit pula manusia yang dapat merasakan ketenangan hati dengan tidak terpengaruh tempat dan waktu..Bagi mereka,suasana ramai maupun sepi,malam ataupun siang,semuanya sama kerana sudah terpancar sinar ketenangan dan kedamaian dalam hatinya..Sungguh beruntung orang yang memiliki seperti itu...

Lain dengan mereka,lain pula dengan diri ana..Ana termasuk orang yang sangat menikmati kesunyian malam.. Bagi ana,suasana malam menjelang pagi adalah masa-masa yang selalu indah untuk ana nikmati,sungguh suasana yang sangat menenggelamkan segala kegelisahan dan kekacauan fikiran..Teringat akan masa lalu yang penuh kebahagiaan bersama orang tua dan saudara2 ana,teringat akan masa kecil ana saat bermain bersama sahabat-sahabat,teringat masa penuh keceriaan bersama kawan-kawan semasa sekolah..Terkadang semuanya membuat hati larut dalam kerinduan yang amat dalam...

Ana semakin percaya bahawa memang benar Allah s.w.t memuliakan sepertiga malam terakhir bagi orang-orang yang hendak beribadah kepada-Nya..Saat itulah diri kita merasa sendirian kecuali Sang Khalik yang selalu terjaga dan menemani kita..Saat itulah diri kita merasa bukanlah apa-apa,terlalu kecil diri kita dihadapan Allah tetapi akan menjadi mulia bila kita mampu bertaqwa dengan sebenar-benarnya taqwa.. Ketenangan dan kedamaian hati ana terasa memuncak manakala ana mendapatkan sepertiga malam yang penuh keberkahan dan ampunan-Nya..Tiada waktu yang paling indah bagi ana kecuali di sepertiga malam terakhir itu...

Dan alangkah beruntungnya jika kita dapat memanfaatkan sepertiga malam itu untuk melakukan ibadah kepada Allah yang telah menciptakan kita,memohon ampunan-Nya serta mensyukuri atas segala kurniaan-Nya..Akan tetapi segala sesuatu yang berkaitan dengan ibadah,tentunya tidak akan pernah terlepas dari godaan syaitan laknatullah..Mereka menggoda manusia untuk malas bangun malam,mereka lebih menyukai manusia yang tertidur lelap dengan mimpi indahnya,mereka senang bila manusia tertidur pulas dengan selimut hangatnya..Itulah tipu daya syaitan laknatullah agar manusia tidak mengambil keuntungan besar dari sepertiga malamnya...

Segala kondisi adalah tantangan dan setiap masa adalah ujian,namun di sebalik itu terdapat hikmah yang besar untuk orang-orang yang berfikir..Berfikir untuk menjawab semua tantangan,berfikir untuk teguh dalam menghadapi ujian..Namun bagi ana kesunyian malam tetaplah sebuah ketenangan yang sesungguhnya, penuh hikmah dan pahala..Lain orang lain pula cara mencari ketenangannya,dan ana selalu berharap mendapatkan ketenangan di kesunyian malam yang berhujung kebahagiaan di panasnya siang...

Wallahu a'lam...

Thursday, 12 July 2012

Saudariku Muslimah..Apakah Engkau Menginginkan Kebahagiaan Hakiki?

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...
 Kutuliskan untukmu wahai Saudariku tercinta beberapa untaian pesan sebagai pengingat serta peringatan bagimu..Aku berharap engkau akan meneruskan dan mengajarkannya pada anak-anakmu sebagaimana pesan ini aku peruntukkan bagi anak-anakku kelak jika ia telah tumbuh dewasa seperti dirimu..Aku ingin engkau menjadi hamba-hamba pilihan-Nya sebagai wanita solehah dan bertaqwa serta berdiri di atas Agama Allah yang lurus...


Wahai Saudariku Muslimah…...
Apakah engkau menginginkan keselamatan dan kebahagiaan yang hakiki?Apakah engkau menginginkan ketenangan dan kedamaian yang tidak semua wanita mendapatkannya?Apakah engkau menginginkan kenikmatan dan keberkahan seperti wanita-wanita solehah dapatkan?Apakah engkau menginginkan semuanya itu di dunia dan di akhirat kelak?

Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah tatkala engkau ada dalam ketaatan kepada Allah s.w.t..Seluruh kebahagiaan itu ada di dalam meniti di atas manhaj Allah dan di jalan Rasulullah s.a.w,sebagaimana firman Allah s.w.t: "Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab Ayat: 71).

Sesungguhnya kesengsaraan itu seluruhnya ada dalam kemaksiatan kepada Allah dan kebinasaan seluruhnya ada pada selain jalan Allah dan Rasul-Nya,sebagaimana Firman Allah s.w.t: "Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Surah Al-Ahzab Ayat: 36).

Wahai Saudariku Muslimah……
Dengan suara orang yang mencintai dan mengasihi,dengan ucapan orang yang memberikan nasihat dan memberikan peringatan,aku mengajakmu kepada ketaqwaan kepada Allah s.w.t,kemudian aku mengajakmu untuk yang kedua kali agar engkau memuji Allah yang telah memberikan nikmat Iman dan Islam atas diri serta keluargamu...

Sesungguhnya Allah s.w.t telah memuliakanmu,mensucikanmu dan mengangkat kedudukanmu beberapa derajat..Tidak ada ajaran manapun yang lebih tinggi dalam hal mengangkat derajat wanita selain dalam ajaran Islam..Tidak hanya cukup demikian,bahkan Allah banyak menurunkan hukum-hukum yang khusus berkenaan dengan masalah wanita di dalam kitab-Nya yang mulia..Sedangkan sebelum Islam,wanita dijadikan barang dagangan yang murah dan hina,bagaikan perhiasan yang tidak ada nilainya..Hina di mata walinya,hina di mata keluarganya,serta dihinakan oleh masyarakat yang dia hidup di dalamnya..Kehidupan wanita saat itu diperlakukan seperti binatang,bahkan perlakuan mereka terhadap binatang lebih baik daripada memperlakukan kaum wanita...

Sesungguhnya engkau wahai saudariku muslimah,tidak akan mendapatkan kemuliaanmu kecuali dalam agama ini,maka berpegang teguhlah engkau dengan agama ini dan dengarkanlah firman Allah yang telah menceritakan kisah orang terdahulu,mestilah engkau selalu mengingatnya agar engkau sentiasa memuji Allah atas kenikmatan yang engkau dapatkan...

Allah s.w.t berfirman : "Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan,hitamlah (merah padamlah) mukanya,dan dia sangat marah..Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak,disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya..Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan,ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)..Ketahuilah,alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu."
(Surah An-Nahl Ayat: 58-59).

Wahai Saudariku Muslimah……
Ingatlah serta pujilah Allah s.w.t yang telah memberi hidayah kepadamu pada agama ini,yang telah memuliakanmu,menghormatimu dan mengangkat kedudukanmu dengan agama ini,di saat wanita-wanita selainmu di alam ini telah tersesat..Kemudian berpegang teguhlah engkau dengan tali yang kuat tersebut iaitu agama Islam..Sesungguhnya hal itu adalah satu-satunya sandaran hidupmu meskipun sandaran-sandaran lain mengkhianatimu..Ketahuilah sesungguhnya engkau akan ditimpa azab Allah jika engkau tidak tunduk pada perintah-perintah Allah...

Wahai Saudariku Muslimah……
Sesungguhnya musuh-musuhmu banyak sekali dan sesungguhnya orang yang ingin memanfaatkanmu dalam upaya meruntuhkan agama,rasa malu serta harga dirimu,dan bahkan boleh jadi mereka itu dari kalangan kita sendiri..Mereka ingin mengeluarkanmu dari agama Allah menuju kesengsaraan dan kebinasaan,mereka mengajakmu menuju neraka Jahannam..Maka jika engkau menyambut ajakan mereka,sesungguhnya mereka akan melemparkanmu ke dalamnya..Mereka ingin agar engkau menjadi wanita durhaka yang berbuat fasiq dan membuka aurat..Mereka berusaha menggiringmu..Mereka menunggumu dengan sangat sabar agar engkau melepaskan pakaian muslimahmu serta melepaskan hijab dengan segala konsekuensinya iaitu melepaskan keimanan,rasa malu dan kesucian,kemudian engkau akan meninggalkan kewajiban-kewajiban lainnya..Pada saat itu,perbuatanmu tersebut menyenangkan musuh-musuhmu,mereka mempermainkanmu seperti anak-anak bermain dengan bola,dan mereka mempermainkamu seperti anjing-anjing bermain dengan bangkai,semoga Allah s.w.t menjagamu dari tipu daya mereka wahai saudariku...

Wahai Saudariku Muslimah……
Ingatlah selalu dalam hidupmu akan salah satu sabda Nabi Muhammad s.a.w:  ”Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihat keduanya..(dan Beliau menyebutkan) : Para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang,mereka menyimpang dari jalan yang benar dan memperlihatkan kejelakan mereka kepada orang lain,kepala mereka seperti punuk unta yang miring,mereka tidak akan memasuki syurga dan mereka tidak akan mendapatkan bau syurga,sesungguhnya bau syurga tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian." (HR. Muslim)
Dan para Ahlu 'Ilmi berkata : makna para wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang adalah bahawa mereka memakai pakaian akan tetapi pakaian-pakaian itu ketat,tipis atau tidak menutupi seluruh badan...

Wahai Saudariku Muslimah……
Apakah engkau redha dan rela menjadi penghuni neraka?Apakah engkau redha memakai pakaian yang dengan pakaian itu engkau meninggalkan rasa malu?Apakah engkau redha mempamerkan dirimu seperti dipamerkannya barang dagangan,lalu setiap orang yang rendah dan hina akan menggoda dirimu?Tidak wahai pemudi Islam,aku berharap engkau tidak akan redha dengan hal itu dan inilah apa yang aku harapkan darimu...

Wahai Saudariku Muslimah……
Agamamu adalah bentengmu yang amat kukuh untuk memelihara kesucianmu,rasa malu dan kemuliaanmu.. Agamamu memerintahkanmu untuk berhijab dan memiliki rasa malu..Bila saja engkau meninggalkan perintah ini,maka engkau akan ditimpa azab Allah s.w.t di akhirat..Sedangkan di dunia engkau akan menjadi mangsa serigala-serigala manusia yang ingin mencuri kesucianmu agar engkau merasakan kesusahan dan kesedihan sepanjang hidup..Namun bagi sebahagian saudari-saudari kita (Semoga Allah memberikan hidayah-Nya pada mereka),mereka telah mendengar seruan serigala-serigala itu,bahkan mereka bekerja dan memberikan kesucian dan kehormatannya pada mereka..Dan aku pun teringat akan perkataan seorang penyair : "Kambing digiring menuju kematian,dia berjalan dan mengembik menuju para penyembelih."

Wahai Saudariku Muslimah……
Wahai wanita yang beriman kepada Allah!Wahai wanita yang menutup auratnya dengan penutup yang Allah syariatkan,waspadalah!!Waspadalah dari ketergelinciran,sesungguhnya ketergelinciran akan mengantarkan kepada neraka dan neraka adalah seburuk-buruknya tempat kembali..
Waspadalah!Waspadalah dari menyerupai wanita-wanita kafir,sesungguhnya barangsiapa menyerupai suatu kaum,maka dia termasuk golongan mereka...

Wahai Saudariku Muslimah……
Engkau seorang wanita yang berkedudukan tinggi,engkau seorang wanita yang mulia dan engkau seorang wanita yang suci..Kedudukanmu tinggi kerana Al-Quran,engkau mulia kerana Iman,dan suci kerana berpegang teguh pada agama ini..Maka redhakah engkau yang suci mengikuti wanita hina,kotor dan tidak memiliki rasa malu di hadapan Allah s.w.t dan umat manusia???

Wahai Saudariku Muslimah……
Sesungguhnya sangat disayangkan ketika seorang pemudi Islam mendengar sabda Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua golongan ahli neraka………..”(Al-Hadits),kemudian ia tetap senantiasa memakai pakaian yang ketat, tipis dan menyingkap (membuka) wajah dan sebagian tempat-tempat fitnah lainnya."

Wahai wanita muslimah yang solat dan sujud,wahai orang yang menundukkan kepalamu kepada Dzat Yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus mahluk-Nya dan menundukkan pendengaran dan penglihatan untuk-Nya,apakah tidak cukup bagimu hadits Rasulullah s.a.w tadi sebagai larangan?Demi Allah itu adalah sebagai ancaman dan larangan yang sangat keras..Jika diberikan pada gunung-gunung yang kukuh,nescaya ia akan berantakan..Wahai Saudariku....kerugian apakah yang lebih besar daripada diharamkan atas engkau masuk syurga yang penuh kenikmatan?Kerugian apakah yang lebih besar daripada engkau ditempatkan dan tinggal di tingkatan-tingkatan neraka Jahim?

Wahai Saudariku Muslimah……
Takutlah engkau kepada Allah dan laksanakanlah tugas-tugas yang Dia wajibkan kepadamu. Apabila hatimu mengeras maka ingatlah bencana yang telah menimpa orang lain..Engkau tidak tahu bila bencana itu akan datang kepadamu,sesungguhnya itu adalah maut yang pasti terjadi...

Dan Allah s.w.t telah berfirman : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu..Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung..Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Surah Ali Imran Ayat: 185).

Wahai Saudariku Muslimah……
Ingatlah wahai wanita hamba Allah s.w.t,pada hari dimana engkau diletakkan dalam kuburan,dalam lubang yang gelap dan sepi itu..Ingatlah ketika sangkakala ditiup dan engkau dikumpulkan bersama para mahluk dalam keadaan tidak memakai alas kaki,telanjang dan kebingungan..Matahari akan benar-benar dekat darimu dan engkau akan dipanggil dengan namamu diantara para mahluk untuk dihisab...

Bagaimana keadaanmu ketika itu wahai hamba Allah?Dimana persiapanmu wahai wanita yang lalai?Berapa banyak ketergelinciran-ketergelinciran dalam kitabmu?Apakah mode-mode pakaian akan bermanfaat ketika itu?Apakah lagu,sinetron,film dan majalah-majalah (yang merosak) akan bermanfaat?Apakah barang-barang permata akan bermanfaat?Tidak demi Allah,hal itu tidak akan memberikan manfaat sedikitpun selamanya.. Yang akan memberikan manfaat saat itu hanyalah kebaikan-kebaikan dan amal-amal soleh setelah mendapatkan rahmat dari Rabb bumi dan langit...

Wahai Saudariku Muslimah……
Ingatlah selalu akan dosa-dosamu dan bertaqwalah kepada Allah wahai putri Islam!Bertaqwalah kepada Allah wahai engkau yang keluar ke pasar-pasar dalam keadaan bertabaruj (memperlihatkan kecantikan) dan membuka muka..Bertaqwalah kepada Allah wahai engkau yang memakai pakaian muslimah untuk perhiasan, bukan untuk menutupi dan kesucian..Bertaqwalah kepada Allah wahai engkau yang bercampur baur dengan laki-laki..Bertaqwalah kepada Allah wahai engkau yang keluar rumah dalam keadaan memakai wangi-wangian menuju pasar-pasar dan jalan-jalan..Bertaqwalah kepada Allah wahai engkau yang menawarkan dirimu untuk berkhalwat dengan laki-laki yang bukan muhrimnya..Bertaqwalah kepada Allah wahai engkau yang mendidik anak-anakmu dengan pendidikan yang tidak baik dan jauh dari ajaran Islam..Engkau tidak mengingatkan mereka dengan ketaatan kepada Allah,tidak menasihati mereka dan tidak menunjukkan mereka pada apa yang dapat memberikan manfaat pada mereka di dunia dan di akhirat..Bertaqwalah kepada Allah dan jagalah dirimu dari menjadi barang mainan di tangan orang-orang yang lemah iman..Bertaqwalah pada Allah dan kembalilah pada petunjuk sebelum datang suatu hari yang pada hari itu hati dan pandangan (mata) dibalikkan..Ketahuilah bahawa azab Allah sangatlah keras,dan sesungguhnya engkau demi Allah tidak akan kuat merasakan azab neraka...

Wahai Saudariku Muslimah……
Sesungguhnya gunung-gunung jika dilewatkan pada neraka maka dia akan meleleh kerana kuatnya panas neraka..Maka,dimana engkau wahai wanita yang lemah dibandingkan dengan gunung-gunung yang perkasa dan kukuh?Sesungguhnya engkau mampu bersabar atas rasa lapar dan haus dan engkau mampu bersabar atas bahaya..Akan tetapi demi Allah yang tidak ada sesembahan yang berhaq untuk disembah selain Dia, tidak ada kesabaran bagimu terhadap neraka...

Ingatlah,maka selamatkanlah dirimu dari neraka sebelum terlambat..Ketahuilah bahawa dunia ini pasti akan berlalu dan akhirat adalah tempat yang kekal dan bahawa terbongkarnya kejelekan-kejelakan (aib-aib) di hadapan seluruh manusia di hari pembalasan adalah peristiwa yang sangat besar..Maka bertaqwalah engkau kepada Allah s.w.t,wahai hamba Allah!

Semoga Allah memberikan taufiq kepada apa-apa yang dicintai dan diridhai oleh-Nya,dan semoga Allah memberikan manfaat kepadamu dari apa-apa yang engkau dengar dan engkau baca dan semoga Allah menjadikannya sebagai pendukung bagimu bukan sebagai bumerang atasmu.. Semoga Allah memberikan selawat dan salam kepada nabi kita Muhammad Shalallahu Alaihi Wassalam,keluarganya dan para sahabat juga kita selaku umatnya..Aamiin Ya Allahu Rabbi...

 Makna Hidup
  Indahnya menjadikan hidup lebih bermakna
Wallahu a'lam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...