Saturday, 28 July 2012

♥♥ Lelaki Sunyi Tanpa Wanita ♥♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Jangankan Lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..Tanpa mereka,hati,fikiran,lelaki akan resah..
Masih mencari ataupun sudah ada segalanya..Apalagi yang tidak ada di syurga,namun Nabi Adam a.s tetap merindukan Siti Hawa..........

Kepada Wanitalah lelaki memanggil Ibu,Isteri atau Puteri..Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,tidak mungkin mampu untuk meluruskan mereka..

Didiklah mereka dengan panduan Dari-Nya.


Jangan cuba jinakkan mereka dengan Harta,nanti mereka semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,nanti mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah,kenalkan mereka kepada Zat yang kekal,
disitulah Kuncinya.......
"AKAL SETIPIS RAMBUT,TEBALKAN DENGAN ILMU,HATI SERAPUH KACA,KUATKAN DENGAN IMAN,PERASAAN SELEMBUT SUTERA,HIASILAH DENGAN AKHLAK"


Bila wanita durhaka dunia akan huru hara...
Bila tulang rusuk patah,rosaklah jantung,hati dan limpa...
Para Lelaki pula jangan hanya menharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan...

-JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH,KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAIDINA ALI-


Peringatan ini untuk diri ana yang kerdil dan untuk sahabat2 seIslam..InsyaAllah...^_^

Friday, 27 July 2012

♥♥ Sakinah ♥♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Mengetahui agama belum tentu menjadikan seseorang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..Betapa banyak insan yang memakai pelbagai gelaran agama,namun mereka gagal mendampingkan diri kepada Allah..Maka,untuk mencari kebahagian dan sakinah,insan bukan sekadar berilmu,tetapi hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah,menyerah dan bergantung kepada-Nya..Apabila jiwa bersih dari sebarang unsur syirik,apabila ditanggalkan dari nurani ini kebesaran dan pergantungan kepada makhluk,ditempatkan hakikat tawakkal kepada Allah,apabila insan sentiasa berdoa,rintihan,harapan,rayuan,esakan dan tangisan kepada Allah s.w.t,dilontar jauh segala perharapan jiwa kepada selain-Nya,maka insan akan menemui hakikat kenikmatan hidup..
Apabila zahir dalam kehidupannya apa yang dia sering kita ungkapkan dalam Surah Al-Fatihah : 
"Hanya Engkau kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan." Maka zahir keyakinan hidup dan kenikmatan yang tiada bertebing bagi sebuah diari yang singkat ini..Moga kenikmatan yang lebih besar di akhirat menanti..Apabila zahir hakikat ini dalam hidup,lahirlah kehidupan yang berprinsip,dibukakan laluan kehidupan dan sentiasa dibimbing dalam menuju garis penamat riwayat dunia ini..Lahirlah insan soleh yang kakinya memijak bumi,jiwanya bergantung pada Allah s.w.t..Lahirlah insan soleh yang siangnya bagaikan perwira yang tangkas,namun dalam kesunyian malam dia adalah hamba yang kusyuk dan penuh sendu dan tangis merintih dan merayu kepada Allah Yang Esa..

Apabila sakinah itu Allah s.w.t berikan dalam kehidupan seseorang,segala rintangan amat kecil kerana dia sedang bersandar kepada yang Maha Agung dan Maha Besar..Kata Al-Imam Ibn Al-Qayyim:
"Sakinah: ketenteraman dan ketenangan hati nurani..Asalnya dalam hati nurani dan zahir kesannya pada anggota." ( Ibn Qayyim al-Jauziyyah,Tibb Al-Qulub 237..Damsyik: Dar Al-Qalam).
Demikian sakinah itu hadir dalam jiwa Nabi Ibrahim a.s. ketika dia dilontarkan ke dalam api,hadir dalam jiwa Nabi Musa a.s. ketika dia dikepung oleh Firaun..Demikian kepada sekelian para nabi,terutama nabi kita Muhammad s.a.w. Firman Allah s.w.t :
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad s.a.w) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya,iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (Abu Bakar) semasa mereka berlindung dalam sebuah gua,ketika dia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita,sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan sakinah ke atasnya (Nabi Muhammad s.a.w) dan menguatkannya dengan bantuan tentera yang kamu tidak melihatnya..Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (hina),dan kalimah Allah (Islam) itulah yang tertinggi kerana Allah Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Taubah Ayat: 40).
Demikian sakinah diturunkan ke dalam hati nurani mereka yang beriman dalam kalangan sahabah Nabi Muhammad s.a.w yang berjuang pada jalan Allah dan menghadapi cabaran. Firman Allah s.w.t :
"Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Fath Ayat: 4).
Apabila sakinah itu turun ke dalam jiwa mukmin,tindakan dan bicara mereka melambangkan tindakan dan bicara insan yang berprinsip dan matang..Berbeza dengan musuh atau pihak yang tiada sakinah dalam bicara dan tindakan mereka..Allah s.w.t menyebut hal ini :
"Ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam jantung hati mereka -perasaan sombong angkuh secara jahiliyah-,lalu Allah menurunkan sakinah kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman,serta meminta mereka tetap berpegang kepada "kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah),Allah itu Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Fath Ayat 26).
Itulah sakinah yang telah Allah s.w.t turunkan kepada para nabi a.s dan kepada golongan mukminan yang berjuang mendapatkan redha Allah..
Maka,dalam menelusuri hidup yang mencabar,di zaman yang penuh fitnah ini,tiada yang dapat mententeramkan jiwa kecuali bila Allah s.w.t menurunkan kebahagiaan dari sisi-Nya kepada kita..Kata Ibn Al-Qayyim dalam Tibb Al-Qulub sebab yang membawa seorang kepada sakinah ialah perasaan perdampingan (muraqabah) dengan Allah seakan dia melihat Allah..Apabila perasaan itu bertambah,maka bertambahlah rasa cinta,tunduk,kusyuk,takut dan harap kepada-Nya..

Kita mungkin tidak dapat menyelak cabaran dan ujian dalam hidup..Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan,namun mereka tidak akan dapat merampas kebahagiaan dalam jiwa kita kerana sakinah adalah kurniaan Allah s.w.t yang diturunkan dalam jiwa mukmin..Kita mungkin tidak dapat bersaingan dengan orang lain di sudut kekayaan dunia dan kenikmatannya,tetapi kita sentiasa berpeluang mendapat sakinah jika memohon dan mencarinya di sisi Allah s.w.t..

Wallahu a'lam...

Thursday, 26 July 2012

Amalan Harian

السلام عليكم
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين
   
الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Amalan Harian...

1. Bismillah hirohmanirohim                             1000<2500 kali

2. Al-Fatihah                                                   100 x

3. Selawat ke Atas Nabi                                  40 < 100 x

4. Istighfar                                                       40 < 100 x (Astaghfirullah ha innAllah ha ghafurrurrahim)

5.Tasbih                                                          40 < 200 x
(SubhanAllah, walhamdulillah, wallaila ha illAllah Wallhakbar)

6. La haula wala quwwata illa billa hilaliyila'zim  100 x

7. Laqad ja akum…sampai....azim                    40 < 100 x (dalam Surah At-Taubah)

8. Waman yat taqilla…sampai...qadra.              40 < 100 x (dalam Surah an-Nisa' Ayat 2-3)
Solat

1. Solat Hajat                                                                  2 < 8 rakaat
2. Dhuha                                                                         4  rakaat
3. Rawatib                                                                      12 rakaat
4. Tahajjud                                                                      2 < 8 rakaat
5. Tasbih                                                                         4 rakaat (2 salam)
6. Witir                                                                            1 < 3 rakaat

Amalan Solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat,khususnya sembahyang Tahajjud atau sembahyang di tengah malam..Allah s.w.t mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah..Dengan kata lain,amalan bangun bertahajjud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
Namun,pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.. Sekalipun sembahyang Tahajjud sekadar sunat,tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya..

Firman Allah s.w.t : "Dan dari malam,hendaklah engkau bertahajjud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji."
(Surah Al-Israk Ayat: 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajjud..Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah s.w.t kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya..

Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya,namun bagi mereka yang biasa,ia menjadi suatu kenikmatan pula..

Bagi yang dapat menghayatinya,mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajjud..Di waktu inilah – iaitu sepertiga malam,pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan,dipercikkan air di wajahnya..Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan,dipercikkan air ke wajahnya."
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah s.w.t bukan sesuatu yang mudah..Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang..Sembahyang Tahajjud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini..Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajjud di tengah malam.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara,lima di dunia dan empat di akhirat."

Kurniaan Di Dunia ialah :

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat Al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wallahu a'lam...




 

Tuesday, 24 July 2012

17 Amalan Penghapus Dosa

السلام عليكم
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين

الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Hikmah,Info,Islam..
Manusia pasti berbuat dosa dan pasti memerlukan ampunan Allah. Oleh kerana itu Allah memberikan keutamaan dan kemurahan kepada hamba-Nya dengan mensyariatkan amalan-amalan yang dapat menghapus dosa disamping taubat. Sebagiannya (amalan ini) dijelaskan dalam Al-Quran dan sebagiannya lagi dalam sunnah Rasulullah s.a.w. Diantaranya sebagai berikut :

1. Menyempurnakan wudhu dan berjalan ke masjid,sebagaimana disampaikan Rasulullah s.a.w, "Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dapat menghapus dosa dan mengangkat darajat..Mereka menjawab: Ya,wahai Rasulullah s.a.w..Baginda berkata: "Sempurnakan wudhu ketika masa sulit dan memperbanyak langkah ke masjid serta menunggu solat satu ke solat yang lain,kerana hal itu adalah ribath."
(Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

Juga dalam sabda baginda yang lain: "Jika seseorang berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya kemudian berangkat solat dengan niat hanya untuk solat,maka tidak melangkah satu langkah kecuali Allah angkat satu darjat dan hapus satu dosa."
(Riwayat At-Tirmidzi)

2. Puasa hari Arafah dan Asy Syura,hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w, "Puasa hari Arafah aku berharap dari Allah untuk menghapus (dosa selama) setahun yang sebelumnya dan setahun setelahnya dan Puasa hari Asy Syura saya berharap dari Allah menghapus setahun yang lalu."
(Riwayat At-Tirmidzi)

3. Solat terawih di bulan Ramadhan dengan dalil sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa menegakkan Ramadhan (solat terawih) dengan iman dan mengharap pahala Allah maka diampunilah dosanya yang telah lalu." (Muttafaqun 'Alaihi)

4. Haji yang mabrur "Barangsiapa yang berhaji lalu tidak berkata keji dan berbuat kefasikan (kejelekan) maka ia kembali seperti hari ibunya melahirkannya."(Riwayat Al-Bukhari)..Kemudian dalam sabda baginda dinyatakan, "Haji mabrur balasannya adalah syurga."
(Riwayat Ahmad)

5. Memaafkan hutang orang yang sulit membayarnya.

6. Melakukan kebaikan setelah berbuat dosa dengan dalil: "Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada,ikutilah kejelekan dengan kebaikan yang menghapusnya dan pergauli manusia dengan etika yang mulia."(Riwayat At-Tirmidzi dan Ahmad)

7. Memberi salam dan berkata baik dengan dalil sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya termasuk sebab mendapatkan ampunan adalah memberikan salam dan berkata baik."
(Riwayat Al-Kharaithi Dalam Makarim Al-Akhlak)

8. Sabar atas musibah dengan dalil sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla berfirman, "Sesunguhnya apabila Aku menguji seorang hamba-Ku yang mukmin,lalu ia memuji-Ku atas ujian yang Aku timpakan kepada-Nya,maka ia bangkit dari tempat tidurnya (dalam keadaan) bersih dari dosa seperti hari ibunya melahirkannya."
(Riwayat Ahmad)

9. Menjaga solat lima waktu dan Jumaat serta puasa Ramadhan dengan dalil sabda Rasulullah s.a.w, "Solat lima waktu dan jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan adalah penghapus dosa diantara keduanya selama dosa-dosa besar dijauhi."
(Riwayat Muslim)

10. Azan dengan dalil sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya seorang Muadzin akan diampuni dosanya sepanjang (gema) suaranya." (Riwayat Ahmad)

11. Melakukan solat,dengan dalil sabda Rasulullah s.a.w, "Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di pintu yang digunakan untuk mandi setiap hari lima kali,apa yang kalian katakan apakah tersisa kotorannya? Mereka menjawab, "Tidak ada sisa kotorannya sedikitpun."Beliau bersabda, "Solat lima waktu menjadi sebab Allah menghapus dosa-dosa."
(Riwayat Al-Bukhari)

12. Memperbanyak sujud dengan dalil sabda Rasulullah s.a.w, "Hendaklah kamu memperbanyak sujud kepada Allah,kerana tidaklah kamu sekali sujud kepada-Nya melainkan Dia mengangkatmu satu darjat dan menghapus satu kesalahanmu (dosa) darimu."
(Riwayat Muslim)

13. Mengerjakan solat malam..Rasulullah bersabda s.a.w, "Hendaklah kalian solat malam,kerana ia adalah adat orang yang soleh sebelum kalian dan amalan yang mendekatkan diri kepada Rabb kalian serta penghapus kesalahan dan mencegah dosa-dosa."
(Riwayat Al-Hakim)

14. Berjihad di jalan Allah s.w.t.."Akan diampuni tiap dosa orang yang mati syahid kecuali hutang."
(Riwayat Muslim)

15. Mengiringi haji dengan umrah..Rasulullah s.a.w pernah mengatakan, "Iringi antara haji dengan umrah,kerana pengiringan antara keduanya dapat menghilangkan kefakiran dan dosa sebagaimana Al Kier (alat pembakar besi) menghilangkan karat besi."
(Riwayat Ibnu Majah)

16. Sedekah dengan dalil, "Jika kamu menampakkan sedekah(mu),maka itu adalah baik sekali..Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan pada orang-orang fakir,maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu..Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."(Surah Al-Baqarah Ayat: 271) Rasulullah pun bersabda, "Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api." (Riwayat Ahmad,At-Tirmidzi dan selainnya)

17. Menegakkan hukum pidana dengan adil, "Siapa saja yang melanggar larangan Allah kemudian ditegakkan padanya hukum pidana maka dihapus dosa tersebut."
(Riwayat Al-Hakim)

Demikian sebahagian penghapus dosa,mudah-mudahan penjelasan bermanfaat..
Wallahu a'lam...

Monday, 23 July 2012

Doa Yang Tidak Ditolak

السلام عليكم
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين
الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Berdoa adalah suatu yang amat penting dalam kehidupan kita..Allah s.w.t menyuruh kita berdoa seperti terdapat dalam Al-Quran:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,maka (jawablah),bahawasanya Aku adalah dekat..Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah Al-Baqarah Ayat: 186)
Ada beberapa situasi berdoa yang tidak ditolak oleh Allah s.w.t dan ada doa yang dijanjikan akan dimakbulkan..
Berikut ini ialah beberapa keadaan iaitu doa tidak ditolak :

Doa Tidak Ditolak

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: "Dua doa yang tidak pernah ditolak doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan."
(HR. Hakim/disahihkan oleh Adz-Dzahabi)

Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka..Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka,seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. Allah s.w.t akan mengangkatnya ke atas awan dan terbuka pintu-pintu langit dan Allah s.w.t akan berkata, "Demi kemuliaanKu,pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika." (Riwayat Ahmad,Ibnu Majah dan Tirmizi..Menurut Tirmizi,bertaraf hassan..Menurut As-Suyuthi,bertaraf hassan..Menurut Al-Albani bertaraf daif).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya bagi orang berpuasa ketika berbukanya doa yang tidak akan ditolak." (Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah Bin 'Amru Bin Al-'As)

Berikut ini ialah doa-doa yang dijanjikan makbul :

Doa Yang Dimakbulkan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a,bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
"Tuhan kami Tabaraka wa Ta'ala turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga akhir waktu malam berfirman : "Barangsiapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulkannya baginya,barangsiapa meminta kepadaKu maka Aku akan memberinya,barangsiapa memohon keampunanKu maka Aku mengampuninya."
(Hadis riwayat Bukhari).

Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a berkata,telah ditanya Rasulullah s.a.w yang maksudnya : "Doa apakah yang lebih didengar (dikabulkan)?" Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "(Doa tatkala) satu pertiga terakhir malam dan sesudah solat fardu."
(Hadis riwayat Tirmidzi)

Malam Lailatulqadar..Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Qadr Ayat 3-5 yang tafsirnya :

"Lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan..Pada malam itu,turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka,kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut).. Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar."

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda. ertinya : "Adapun pada waktu sujud,maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan."
(Sahih Muslim,kitab Solat bab Nahi An Qiratul Quran fi Ruku' wa Sujud 2/48).

Dan Amr Bin Ibnu Abasah mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah waktu ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang akhir..Kerana itu,jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah s.w.t pada saat itu maka jadilah."
(HR.At-Tirmidzi,Ahmad dan di-sahihkan oleh At-Tirmidzi,Al-Hakim,Adz-Dzahabi,dan Al-Albani).

Wallahu a'lam...

Sunday, 22 July 2012

♥♥ Meraih Hidayah ♥♥

السلام عليكم
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله


الحمد لله رب العا لمين
 الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد


HIDAYAH ALLAH...
Merupakan sumber kebaikan...
Keamanan...Dan...
Kesejahteraan hidup di Dunia dan Akhirat...

Tanpa HIDAYAH...
Malang dan meranalah insan...
Kerana terpisah dan terpinggir...
Dari jalan KEBENARAN...

HIDAYAH...
Perlu dijemput untuk diraih...
Dan...
Dipelihara dengan perjuangan yang sungguh-sungguh...
Iltizam yang tiada terkalahkan...

Allah s.w.t berfirman :

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٦٩
"Dan orang-orang yang BERJIHAD untuk mencari KEREDHAAN KAMI...Benar-benar akan KAMI tunjukkan kepada mereka jalan-jalan KAMI...Sesungguhnya ALLAH benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik."
(SURAH AL-ANKABUT Ayat: 69)

Tanpa HIDAYAH...
Manusia akan terperosok ke dalam persepsi duniawi yang serba menipu...
Malah terhalang daripada melihat inti atau hakikat KEBENARAN... 


Tanpa HIDAYAH...
Insan akan terpedaya...
Dalam hal yang disangkakan baik...
Terperangkap dalam niatnya yang palsu...
Tertipu dalam ibadah..
Sehinggakan menjadikannya...
Semakin kuat beribadah...
Semakin jauh dia berenggang...
Daripada Allah s.w.t...
Semakin tekun menelaah...
Semakin kasar budi...
Dan..
Tumpul rasa hatinya...

Nauzubillahi min zalik.....

Menginsafi maksud sebuah hadis yang masyhur...
Imam Ghazali menukilkannya...
Dalam KITAB BIDAYATUL HIDAYAH...


"Barangsiapa bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayah keimanan dalam lubuk hatinya..Tiadalah bertambah ia kecuali akan semakin jauh dari Allah." 

Allah s.w.t berfirman :

قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَـٰلاً (١٠٣) ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُہُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّہُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا (١٠٤
"Katakanlah..Mahukah kalian KAMI beritahu tentang orang-orang yang paling merugi dalam amal-amalnya? Iaitu mereka yang sia-sia usahanya di dunia sementara mereka merasa sudah berbuat sebaik-baiknya."
(SURAH AL-KAHFI Ayat: 103-104)


Ayuh...
Usia kita sedang menuju TAMAT...
Masa kita bertempoh...
Sisa ini kita gunakan...
Untuk menjernihkan hati...
Agar selamat dalam...
Naungan Cinta Kasih Sayang Allah s.w.t...


Allah s.w.t berfirman :

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ۬ وَلَا بَنُونَ (٨٨) إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٍ۬ سَلِيمٍ۬ (٨٩
"Pada hari ini harta dan anak pinak tidak bermanfaat lagi kecuali mereka yang kembali menghadap Allah dengan membawa hati yang selamat."
(SURAH AL-SYUARA' AYAT: 88-89)

Wallahu a'lam...     

Tabarruj

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Pernah dengar kata Tabarruj? Apa maknanya?

Allah s.w.t berfirman :

وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلأُولَى

"Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.” 
(Surah Al-Ahzab Ayat: 33)


Allah s.w.t berfirman :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللاَّتِي لاَ يَرْجُوْنَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِيْنَةٍ

“Dan perempuan-perempuan tua yang terhenti dari haid dan mengandung,yang tidak memiliki keinginan untuk menikah lagi,maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian luar1 mereka dengan tidak bermaksud tabarruj dengan perhiasan yang dikenakan .” 
(Surah An-Nur Ayat: 60)

Az-Zajjaj Abu Ishaq Ibrahim Bin As-Sirri2 rahimahullahu berkata:

“Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan segala yang dapat mengundang syahwat laki-laki.”

Adapun jahiliah yang awal,ada yang mengatakan masanya dari mulai Nabi Adam ‘alaihissalam sampai zaman Nuh ‘alaihissalam..Ada yang mengatakan dari zaman Nuh ‘alaihissalam sampai zaman Idris ‘alaihissalam..Ada pula yang berpendapat dari zaman ‘Isa ‘alaihissalam sampai zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam..Pendapat yang lebih mendekati adalah dari zaman Isa ‘alaihissalam sampai zamannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam,kerana merekalah orang-orang jahiliah yang dikenal..Disebut jahiliah yang awal,kerana mereka telah ada lebih dahulu sebelum umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (Ma’anil Quran wa I’rabuha,4/171)

Al-Imam Ath-Thabari rahimahullahu juga menyebutkan hal ini dalam tafsirnya..(Jami’ul Bayan fi Ta'wilil Quran, 10/294)

Mujahid rahimahullahu berkata :

"Seorang wanita berjalan dihadapan orang-orang,itulah yang dinamakan Tabarruj Jahiliah."

Qatadah rahimahullahu menambahkan bahawa wanita yang bertabarruj adalah :
"Wanita yang keluar rumah dengan berjalan lenggan lenggok dan genit." (Tafsir Ath-Thabari, 10/294)

Al-Imam Majdudin Abus Sa’adat Al-Mubarak Bin Muhammad Al-Jazari atau yang lebih dikenal dengan Ibnul Atsir rahimahullahu menjelaskan makna tabarruj dari hadits :

كاَنَ نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكْرَهُ عَشْرَةَ خِلاَلٍِ … (مِنْهَا) التَّبَرُّجُ بِالزِّيْنَةِ لِغَيْرِ مَحَلِّهَا

“Nabiyullah Shallallahu 'alaihi wa sallam membenci sepuluh perangai (perbuatan)…(kemudian disebutkan satu persatunya,di antaranya adalah:) tabarruj dengan perhiasan tidak pada tempatnya.” (HR. Abu Dawud no.4222. Namun hadits ini mungkar3 kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Dha’if Sunan Abi Dawud)

Ibnul Atsir rahimahullahu berkata :

“Tabarruj adalah menampakkan perhiasan kepada laki-laki yang bukan mahram (ajnabi) perbuatan seperti ini jelas tercela..Adapun menampakkan perhiasan kepada suami,tidaklah tercela..Inilah makna dari lafaz hadits, ‘(menampakkan perhiasan) tidak pada tempatnya’.” (An-Nihayah fi Gharibil Hadits) 

Dengan keterangan di atas insyaAllah menjadi jelas bagi kita apa yang dimahukan dengan tabarruj..Hukumnya pun tampak bagi kita,yakni seorang muslimah dilarang keluar rumah dengan tabarruj.

Namun sangat disesalkan kenyataan yang kita dapatkan di sekitar kita..Berseliwerannya wanita dengan dandanan aduhai,ditambah wangi yang semerbak di jalan-jalan dan pusat keramaian,sudah dianggap sesuatu yang lazim di negeri ini..Bahkan kita akan dianggap aneh ketika mengingkarinya. 

Tidak usahlah kita membicarakan para wanita yang berpakaian “telanjang” di jalan-jalan,kerana keadaan mereka sudah sangat parah,membuat orang yang takut kepada Allah s.w.t dan hari akhir dan terus beristighfar..Cukup yang kita tuju para muslimah yang masih punya kesedaran berislam walaupun mungkin setipis kulit jari,hingga mereka menutup rambut mereka dengan kerudung dan membalut tubuh mereka dengan pakaian sampai mata kaki dengan berbagai model..Sangat disesalkan para muslimah yang berkerudung ini ikut berlomba-lomba memperindah penampilannya di depan umum dengan model ‘busana muslimah’ terkini dan kerudung ‘gaul’ yang penuh pernak-pernik,pendek,dan transparan.

Sehingga,berbusana yang sejatinya bertujuan menutup aurat dan keindahan seorang muslimah di hadapan lelaki selain mahramnya,malah menonjolkan keindahan..Belum lagi wajah dan bibir yang dipoles warna-warni..Tangan yang dihiasi gelang,jari-jemari yang diperindah dengan cincin-cincin,dan parfum yang dioleskan ke tubuh dan pakaian..Semuanya dipersembahkan di hadapan umum,seolah si wanita berkata, “Lihatlah aku,pandangilah aku..." Wallahul musta’an..

Semua ini jelas merupakan perbuatan tabarruj yang dilarang dalam Al-Quranul Kareem..Namun betapa jauhnya manusia dari bimbingan Al-Quran!!! Allah s.w.t melarang para wanita bertabarruj..Namun mereka bangga melakukannya,mungkin kerana ketidaktahuan atau memang tidak mahu tahu.

Boleh jadi ada yang menganggap bahawa larangan tabarruj ini hanya ditujukan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka yang menjadi sasaran pembicaraan dalam ayat 33 dari surah Al-Ahzab di atas..Jawapannya sederhana saja..Bila wanita-wanita solehah,wanita-wanita yang diberitakan nantinya akan tetap mendampingi Rasulullah s.a.w di syurga,para Ummahatul Mukminin yang suci itu dilarang ber-tabarruj sementara mereka jauh sekali dari perbuatan demikian,apatah lagi wanita-wanita selain mereka yang hatinya dipenuhi syahwat dunia..Siapakah yang lebih suci,isteri-isteri Rasulullah s.a.w ataukah mereka?Bila isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang merupakan cerminan solehah bagi wanita-wanita yang bertakwa itu diperintah untuk menjaga diri,jangan sampai jatuh ke dalam fitnah4 dan membuat fitnah,apalagi wanita-wanita yang lain.

Kalau ada yang menganggap larangan tabarruj itu hukumnya khusus bagi isteri-isteri Rasulullah s.a.w kerana mereka adalah pendamping manusia pilihan,kekasih Allah s.w.t,sementara wanita-wanita selain mereka tidak memiliki keistimewaan demikian,maka kita tanyakan:Dari sisi mana penetapan hukum khusus tersebut,sementara alasan dilarangnya tabarruj kerana akan menimbulkan fitnah bagi laki-laki?

Laki-laki yang memang diciptakan punya ketertarikan terhadap wanita,tentunya akan tergoda melihat si wanita keluar dengan keindahannya..Bila tidak ada iman yang menahannya dari kenistaan,nescaya ia akan berfikir macam-macam yang pada akhirnya akan menyeretnya dan menyeret si wanita pada kekejian..Bila tabarruj dilarang kerana alasan seperti ini, alu apa manfaatnya hukum larangan tersebut hanya khusus bagi para isteri Rasulullah s.a.w?Apakah boleh diterima kalau dikatakan para isteri Nabi Muhammad s.a.w dilarang tabarruj kerana mereka wanita mulia yang harus dijaga,tidak boleh menimbulkan fitnah,sementara wanita selain mereka tidak perlu dijaga dan kalaupun bertabarruj tidak akan membuat fitnah??? Di manakah orang-orang yang katanya berakal itu meletakkan fikirannya? Wallahul musta’an..

Al-Imam Abu Bakr AhmadB in ‘Ali Ar-Razi Al-Jashshash rahimahullahu menyatakan bahawa beberapa perkara yang disebutkan dalam ayat ini (Al-Ahzab: 33) dan ayat-ayat sebelumnya merupakan pengajaran adab dari Allah s.a.w terhadap isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w sebagai penjagaan terhadap mereka dan seluruh wanitanya kaum mukminin juga dituju oleh ayat-ayat ini. (Ahkamul Quran,3/471)

Surat An-Nur ayat 60 juga menunjukkan bahawa larangan tabarruj tidak hanya khusus bagi ummahatul mukminin,namun berlaku umum bagi seluruh mukminah..Bila wanita yang sudah tua dan sudah mengalami menopause saja dilarang tabarruj sebagaimana dalam ayat : 

غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِيْنَةٍ 

“Dengan tidak bermaksud tabarruj dengan perhiasan yang dikenakan.” 
(Surah An-Nur Ayat: 60) 

Tentunya larangan kepada wanita yang masih muda lebih utama lagi..

Wanita yang keluar rumah dengan tabarruj hendaknya berhati-hati dengan larangan yang dinyatakan Rasulullah s.a.w dalam sabdanya berikut ini :

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا بَعْدُ، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيْلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنَمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat,pertama: satu kaum yang memiliki cemeti-cemeti seperti ekor sapi yang dengannya mereka memukul manusia..Kedua: para wanita yang berpakaian tapi telanjang,mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan orang dari kebenaran..Kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang miring/condong..Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium wanginya syurga padahal wanginya syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu.” 
(HR. Muslim no. 5547)

Kata Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullahu:

“Nabi Muhammad s.a.w mencirikan wanita ahlun nar itu dengan (كَاسِيَاتٌ) maksudnya mereka mengenakan pakaian,akan tetapi mereka itu (َعَارِيَاتٌ) “telanjang”, kerana pakaian yang mereka kenakan tidaklah menutupi aurat mereka dengan semestinya..Boleh jadi kerana pakaian itu tipis,ketat,atau pendek..Mereka itu مَائِلاَتٌ menyimpang dari jalan yang benar, مُمِيْلاَتٌ menyimpangkan orang lain dari kebenaran kerana fitnah yang dimunculkan dari mereka.

رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنَمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ “rambut/kepala mereka seperti punuk unta yang miring",kerana rambut mereka ditinggikan hingga menyerupai punuk unta yang miring.” (Taujihat lil Muminat Haulat Tabarruj was Sufur,hal.18)

Kedua golongan di atas belum ada di zaman Nabi Muhammad s.a.w,namun sekarang telah kita dapatkan..Hal ini termasuk mukjizat Rasulullah s.a.w,di mana apa yang beliau khabarkan pasti terjadi. (Al-Minhaj,14/336)

Yang perlu diingat,tidaklah satu dosa diancam dengan keras melainkan menunjukkan bahawa dosa tersebut termasuk dosa besar..Sementara wanita yang keluar rumah dengan berpakaian namun hakikatnya telanjang,yang bertabarruj,berjalan berlenggak lenggok di hadapan kaum lelaki hingga menjatuhkan mereka ke dalam fitnah, dinyatakan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga.

Tersisalah pertanyaan: apakah dosa yang diancam seperti ini boleh dianggap remeh?Maka berhati-hatilah!!! 

1. Maksudnya pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat.
2. Wafat tahun 311 H.
3. Hadits mungkar termasuk dalam hadits yang lemah.
4. Yang dimaksud dengan fitnah di sini adalah sesuatu yang membawa kepada ujian,bala,dan azab.
5. Terlebih lagi ada hadits yang berbunyi :

 مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

6. Wafat tahun 370 H. 

7 Yakni ayat ini tidak berlaku secara khusus bagi isteri-isteri Nabi s.a.w namun juga berlaku bagi wanita muslimah lainnya..Walaupun konteks pembicaraannya memang ditujukan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w,namun hukum yang disebutkan di dalam ayat berlaku umum. 

Dikutip dari Asysyariah.com Penulis : Al-Ustazah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah. Judul: Apa Itu Tabarruj 
 

  
   

   
 
 


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...