Renungan

Friday, 20 July 2012

Zikir Dan Doa Semasa Bersalin

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti..

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
"Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu"
 "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim."
 "Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh."

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini :
"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah."

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,kemudian pula :

"Bahawasanya Tuhanku,ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy..Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat..Matahari,bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya..Ketahui olehmu,Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan..Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam."

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini :

  "Maha Suci Allah."
 
"Aku Pohon ampun kepada Allah."

Sentiasa membaca doa ini :

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

"Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki."
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.

Surah Al-Ansyiqaq



 Sentiasa membaca surah Maryam..
Surah An-Nahl Ayat :78-80
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran);supaya kamu bersyukur."

Selusuh
Kebiasaannya,orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu,tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh..Nasihat ana,jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit,sakit hati tentunya..

Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini..
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan..
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita,perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah..Jika ana sendiri tidak akan membenarkan isteri ana dibedah kerana kedudukan anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam,berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t..

Pernah berlaku kisah benar~ seorang ini,anak dalam kandungan isteri dia songsang,dia meminta air selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor menyarankan agar isterinya dibedah..

Ketika melahirkan anak,doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan melahirkan anak dengan mudah,seolahnya tidak ada masalah sebelum ini..
Doktor tersebut berjumpa dengan si suami,meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu menghadapi masalah yang sama bakal dibedah..

Tidak lama selepas itu,doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal..
Apa yang penting?Bukan kerjasama yang penting di sini,tetapi keyakinan bahawa Allah mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya..InsyaAllah..^_^

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment