Renungan

Renungan Keluarga Bahagia...


Assalamualaikum...

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman,makmur dan sejahtera.

Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.

Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga,sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.

Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.

Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk sentiasa berterima kasih kepada pasangan,anak ataupun ibubapanya.

Mencintai keluarga adalah amanah bagi setiap manusia.

Pecinta keluarga tidak akan membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.

Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu-bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.

Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri,keluarga dan persekitaran.

Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah kerana nenek moyang mereka.

Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai,menyayangi,dan saling mengalah,nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik,aman dan damai.

Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan terbangunnya komunikasi yang sihat diantara ahli keluarga.

Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah s.w.t pun tetap terjaga.

Keluarga yang dekat dengan Allah s.w.t akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehnya dalam setiap urusannya.

Rasulullah s.a.w bersabda,paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.

Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya,maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah s.w.t.

Warisan termahal dan terbaik dari diri kita untuk keluarga,keturunan,dan masyarakat adalah keindahan Akhlak kita.

Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri,keluarga dan masyarakat.

Cintailah suami atau isteri kita dengan memuliakan ibubapa dan keluarganya.

Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita,begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka.

Jika Allah s.w.t cinta kepada sebuah keluarga,maka salah satu cirinya ialah keluarga itu dibukakan hati untuk ilmu agama.

Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda,tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah s.w.t.

Ibadah seorang ibu adalah modal bagi lahirnya anak-anak yang soleh yang akan menjadi benteng bagi ibubapanya kelak di akhirat.

Semoga Bermanfaat Menuju Keluarga Bahagia...^_^



Sifat Sombong Merugikan

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Apabila kita tidak  berilmu,kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar..Kita tidak boleh menjadi orang sombong,kerana dengan kesombongan itu,kita akan menjadi orang bodoh..Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD),jika dia sombong,ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan dia lebih bijaksana..Hal  ini  kerana,orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan..Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara..
Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu..Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya..
Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang,tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja..


Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawadhu atau merendah diri..Seorang yang tawadhu akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja..Dia juga rela ditegur dan dikritik..Kepada orang yang merendah diri,Allah s.w.t akan  berikan padanya hati yang lapang,fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak..


Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah s.w.t dan manusia tetapi dengan syarat,orang itu merendah diri..Namun sekiranya dia angkuh,tunggulah,ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah..
Ingatlah,rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu.. 

Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)

Semoga Bermanfaat - Istiqomah & Muhasabah Diri Selalu...^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...