Wednesday 11 July 2012

Kasih Ibu Hingga Ke Syurga Kasih Ayah Membawa Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Bagi generasi muda,kita sesungguhnya bergantung harap kepada golongan tua, khususnya ibu bapa,dlm memberikan nasihat serta tunjuk ajar dlm mengharungi denai dan lembah kehidupan yg penuh mencabar ini..Pendek kata,ibu bapa adalah penyuluh yg menerangi laluan di sepanjang jalan kehidupan kita...

Anak2 perlu bertanggungjawab,jika dahulu,seorang ibu dan seorang bapa boleh menjaga 10 anak yg dilahirkan,kenapa pula setelah ibu bapa menjadi tua,10 anak tadi tidak boleh menjaga seorang bapa atau seorang ibu?


Seorang anak tidak akn mampu mencari ganti kasih ibu dan ayah sedangkan dia boleh mencari seramai mana teman dlm hidupnya..Anak2 muda perlu beringat bahawa kita juga akn menjadi tua suatu hari nanti dan pada ketika itu,sudah tentu kita sangat mengharapkan org lain,terutama anak2,menghormati dan menyayangi diri kita...

Kepada mereka yg masih punya ibu bapa,seorang atau kedua2nya sekali,berilah layanan sebaiknya kepada mereka selagi hayat dikandung badan..Perginya mereka nanti ke alam lain tidak akn kembali sampai bila2..Waktu itu,jika penyesalan datang menyapa sekalipun,ia sudah terlewat..Tidak berguna lagi..Semestinya kita harus pasrah terhadap ketentuan begini...


Marilah kita sama2,pada saat dan waktu ini,tunduk seketika dan memejamkan mata bagi mengingati ibu dan bapa sama ada mereka masih ada atau sudah tiada sambil menitipkan doa kesyukuran,dan mendoakan kesejahteraan mereka...


YA ALLAH...
Mereka berdua adalah ibu bapa kami...
Mereka sentiasa menunjuk contoh yang baik kepada kami...
Mereka telah mengajarkan kami tentang ilmu dunia & akhirat...
Kau berkatilah hidup mereka...
Kurniakanlah rezeki kepada mereka..
Semoga mereka berjaya di dunia & akhirat...
AAMIIN YA ALLAH..:'(

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...