Thursday 26 July 2012

Amalan Harian

السلام عليكم
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

لا إله إلاَّ الله.محمد رسو ل الله
الحمد لله رب العا لمين
   
الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Amalan Harian...

1. Bismillah hirohmanirohim                             1000<2500 kali

2. Al-Fatihah                                                   100 x

3. Selawat ke Atas Nabi                                  40 < 100 x

4. Istighfar                                                       40 < 100 x (Astaghfirullah ha innAllah ha ghafurrurrahim)

5.Tasbih                                                          40 < 200 x
(SubhanAllah, walhamdulillah, wallaila ha illAllah Wallhakbar)

6. La haula wala quwwata illa billa hilaliyila'zim  100 x

7. Laqad ja akum…sampai....azim                    40 < 100 x (dalam Surah At-Taubah)

8. Waman yat taqilla…sampai...qadra.              40 < 100 x (dalam Surah an-Nisa' Ayat 2-3)
Solat

1. Solat Hajat                                                                  2 < 8 rakaat
2. Dhuha                                                                         4  rakaat
3. Rawatib                                                                      12 rakaat
4. Tahajjud                                                                      2 < 8 rakaat
5. Tasbih                                                                         4 rakaat (2 salam)
6. Witir                                                                            1 < 3 rakaat

Amalan Solat Tahajud

SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat,khususnya sembahyang Tahajjud atau sembahyang di tengah malam..Allah s.w.t mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah..Dengan kata lain,amalan bangun bertahajjud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan.
Namun,pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya.. Sekalipun sembahyang Tahajjud sekadar sunat,tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya..

Firman Allah s.w.t : "Dan dari malam,hendaklah engkau bertahajjud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji."
(Surah Al-Israk Ayat: 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajjud..Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah s.w.t kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya..

Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya,namun bagi mereka yang biasa,ia menjadi suatu kenikmatan pula..

Bagi yang dapat menghayatinya,mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajjud..Di waktu inilah – iaitu sepertiga malam,pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti..

Sabda Rasulullah s.a.w : "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan,dipercikkan air di wajahnya..Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan,dipercikkan air ke wajahnya."
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah s.w.t bukan sesuatu yang mudah..Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang..Sembahyang Tahajjud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini..Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajjud di tengah malam.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: "Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara,lima di dunia dan empat di akhirat."

Kurniaan Di Dunia ialah :

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat Al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

p/s : Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wallahu a'lam...




 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...