Tuesday 17 July 2012

Disebalik Yang Tersurat Dan Tersirat Keindahan Bunga Tulip

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...
Sepintas lalu memang bunga tulip ni nampak macam bunga plastik,tapi ia sememangnya bukan bunga plastik atau 'bunga buatan'..

Bunga tulip bukan hanya ada di Negara2 Eropah tetapi di seluruh dunia terutamanya di kawasan tanah tinggi dan negara2 empat musim..Sepanjang musim bunga di Eropah,anda akan dapat lihat bandar2 di Eropah dipenuhi dengan mekarnya bunga tulip ini..Memandangkan Belanda merupakan pengeksport utama bunga Tulip,maka negara2 lain akan mengimport bunga tulip ini sama ada untuk ditanam dalam taman bunga,ditanam di perkarangan rumah atau dijual sebagai bunga hiasan di dalam rumah dan pelbagai lagi..

Jika kita mengkaji kejadian Bulan,dari seperti bulan sabit menjadi bulan purnama,kemudian menjadi bulan sabit pula,bulan ada kitarannya dan Allah s.w.t mengkehendaki kita mengkaji kejadian dan ciptaan-NYA itu..Maka timbullah kesan pasang surut bulan ke atas air laut sebagai contoh..Dari segi Islam sendiri,bulan purnama (malam 13,14 dan 15) itu banyak hikmahnya dan barakahnya..Dari itu,apakah yang tersurat dan tersirat di sebalik bunga tulip,yang melalui tujuh proses pembesaran,mekarnya,cantiknya dan indahnya untuk ditatapi dan menjadi hiasan rumah hanya untuk kira-kira dua bulan sahaja..

Sedangkan waktu lain,'terperuk' ia di dalam tanah..Ana sendiri tiada jawapannya,apatah lagi ana bukannya saintis..Cuma yang pasti adalah Allah s.w.t tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia sahaja..
Apakah yang cuba dinyatakan-NYA dalam mekar selama dua bulan itu dan apa pula yang DIA mahu kita mengkajinya  dalam 10 bulan seterusnya..

 Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...