Friday 27 July 2012

♥♥ Sakinah ♥♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Mengetahui agama belum tentu menjadikan seseorang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..Betapa banyak insan yang memakai pelbagai gelaran agama,namun mereka gagal mendampingkan diri kepada Allah..Maka,untuk mencari kebahagian dan sakinah,insan bukan sekadar berilmu,tetapi hendaklah mengikhlaskan diri kepada Allah,menyerah dan bergantung kepada-Nya..Apabila jiwa bersih dari sebarang unsur syirik,apabila ditanggalkan dari nurani ini kebesaran dan pergantungan kepada makhluk,ditempatkan hakikat tawakkal kepada Allah,apabila insan sentiasa berdoa,rintihan,harapan,rayuan,esakan dan tangisan kepada Allah s.w.t,dilontar jauh segala perharapan jiwa kepada selain-Nya,maka insan akan menemui hakikat kenikmatan hidup..
Apabila zahir dalam kehidupannya apa yang dia sering kita ungkapkan dalam Surah Al-Fatihah : 
"Hanya Engkau kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan." Maka zahir keyakinan hidup dan kenikmatan yang tiada bertebing bagi sebuah diari yang singkat ini..Moga kenikmatan yang lebih besar di akhirat menanti..Apabila zahir hakikat ini dalam hidup,lahirlah kehidupan yang berprinsip,dibukakan laluan kehidupan dan sentiasa dibimbing dalam menuju garis penamat riwayat dunia ini..Lahirlah insan soleh yang kakinya memijak bumi,jiwanya bergantung pada Allah s.w.t..Lahirlah insan soleh yang siangnya bagaikan perwira yang tangkas,namun dalam kesunyian malam dia adalah hamba yang kusyuk dan penuh sendu dan tangis merintih dan merayu kepada Allah Yang Esa..

Apabila sakinah itu Allah s.w.t berikan dalam kehidupan seseorang,segala rintangan amat kecil kerana dia sedang bersandar kepada yang Maha Agung dan Maha Besar..Kata Al-Imam Ibn Al-Qayyim:
"Sakinah: ketenteraman dan ketenangan hati nurani..Asalnya dalam hati nurani dan zahir kesannya pada anggota." ( Ibn Qayyim al-Jauziyyah,Tibb Al-Qulub 237..Damsyik: Dar Al-Qalam).
Demikian sakinah itu hadir dalam jiwa Nabi Ibrahim a.s. ketika dia dilontarkan ke dalam api,hadir dalam jiwa Nabi Musa a.s. ketika dia dikepung oleh Firaun..Demikian kepada sekelian para nabi,terutama nabi kita Muhammad s.a.w. Firman Allah s.w.t :
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad s.a.w) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya,iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (Abu Bakar) semasa mereka berlindung dalam sebuah gua,ketika dia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita,sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan sakinah ke atasnya (Nabi Muhammad s.a.w) dan menguatkannya dengan bantuan tentera yang kamu tidak melihatnya..Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (hina),dan kalimah Allah (Islam) itulah yang tertinggi kerana Allah Maha Kuasa,lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Taubah Ayat: 40).
Demikian sakinah diturunkan ke dalam hati nurani mereka yang beriman dalam kalangan sahabah Nabi Muhammad s.a.w yang berjuang pada jalan Allah dan menghadapi cabaran. Firman Allah s.w.t :
"Dialah Yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang-orang yang beriman (semasa mereka marah terhadap angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada dan Allah mempunyai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Fath Ayat: 4).
Apabila sakinah itu turun ke dalam jiwa mukmin,tindakan dan bicara mereka melambangkan tindakan dan bicara insan yang berprinsip dan matang..Berbeza dengan musuh atau pihak yang tiada sakinah dalam bicara dan tindakan mereka..Allah s.w.t menyebut hal ini :
"Ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam jantung hati mereka -perasaan sombong angkuh secara jahiliyah-,lalu Allah menurunkan sakinah kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman,serta meminta mereka tetap berpegang kepada "kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah),Allah itu Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Fath Ayat 26).
Itulah sakinah yang telah Allah s.w.t turunkan kepada para nabi a.s dan kepada golongan mukminan yang berjuang mendapatkan redha Allah..
Maka,dalam menelusuri hidup yang mencabar,di zaman yang penuh fitnah ini,tiada yang dapat mententeramkan jiwa kecuali bila Allah s.w.t menurunkan kebahagiaan dari sisi-Nya kepada kita..Kata Ibn Al-Qayyim dalam Tibb Al-Qulub sebab yang membawa seorang kepada sakinah ialah perasaan perdampingan (muraqabah) dengan Allah seakan dia melihat Allah..Apabila perasaan itu bertambah,maka bertambahlah rasa cinta,tunduk,kusyuk,takut dan harap kepada-Nya..

Kita mungkin tidak dapat menyelak cabaran dan ujian dalam hidup..Manusia yang zalim dan jahat mungkin cuba merampas pelbagai hak kita dalam kehidupan,namun mereka tidak akan dapat merampas kebahagiaan dalam jiwa kita kerana sakinah adalah kurniaan Allah s.w.t yang diturunkan dalam jiwa mukmin..Kita mungkin tidak dapat bersaingan dengan orang lain di sudut kekayaan dunia dan kenikmatannya,tetapi kita sentiasa berpeluang mendapat sakinah jika memohon dan mencarinya di sisi Allah s.w.t..

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...