Sunday 22 July 2012

Tabarruj

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Pernah dengar kata Tabarruj? Apa maknanya?

Allah s.w.t berfirman :

وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ اْلأُولَى

"Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.” 
(Surah Al-Ahzab Ayat: 33)


Allah s.w.t berfirman :

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللاَّتِي لاَ يَرْجُوْنَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِيْنَةٍ

Dan perempuan-perempuan tua yang terhenti dari haid dan mengandung,yang tidak memiliki keinginan untuk menikah lagi,maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian luar1 mereka dengan tidak bermaksud tabarruj dengan perhiasan yang dikenakan .” 
(Surah An-Nur Ayat: 60)

Az-Zajjaj Abu Ishaq Ibrahim Bin As-Sirri2 rahimahullahu berkata:

Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan segala yang dapat mengundang syahwat laki-laki.”

Adapun jahiliah yang awal,ada yang mengatakan masanya dari mulai Nabi Adam ‘alaihissalam sampai zaman Nuh ‘alaihissalam..Ada yang mengatakan dari zaman Nuh ‘alaihissalam sampai zaman Idris ‘alaihissalam..Ada pula yang berpendapat dari zaman ‘Isa ‘alaihissalam sampai zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam..Pendapat yang lebih mendekati adalah dari zaman Isa ‘alaihissalam sampai zamannya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam,kerana merekalah orang-orang jahiliah yang dikenal..Disebut jahiliah yang awal,kerana mereka telah ada lebih dahulu sebelum umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. (Ma’anil Quran wa I’rabuha,4/171)

Al-Imam Ath-Thabari rahimahullahu juga menyebutkan hal ini dalam tafsirnya..(Jami’ul Bayan fi Ta'wilil Quran, 10/294)

Mujahid rahimahullahu berkata :

"Seorang wanita berjalan dihadapan orang-orang,itulah yang dinamakan Tabarruj Jahiliah."

Qatadah rahimahullahu menambahkan bahawa wanita yang bertabarruj adalah :
"Wanita yang keluar rumah dengan berjalan lenggan lenggok dan genit." (Tafsir Ath-Thabari, 10/294)

Al-Imam Majdudin Abus Sa’adat Al-Mubarak Bin Muhammad Al-Jazari atau yang lebih dikenal dengan Ibnul Atsir rahimahullahu menjelaskan makna tabarruj dari hadits :

كاَنَ نَبِيُّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَكْرَهُ عَشْرَةَ خِلاَلٍِ … (مِنْهَا) التَّبَرُّجُ بِالزِّيْنَةِ لِغَيْرِ مَحَلِّهَا

Nabiyullah Shallallahu 'alaihi wa sallam membenci sepuluh perangai (perbuatan)…(kemudian disebutkan satu persatunya,di antaranya adalah:) tabarruj dengan perhiasan tidak pada tempatnya.” (HR. Abu Dawud no.4222. Namun hadits ini mungkar3 kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Dha’if Sunan Abi Dawud)

Ibnul Atsir rahimahullahu berkata :

“Tabarruj adalah menampakkan perhiasan kepada laki-laki yang bukan mahram (ajnabi) perbuatan seperti ini jelas tercela..Adapun menampakkan perhiasan kepada suami,tidaklah tercela..Inilah makna dari lafaz hadits, ‘(menampakkan perhiasan) tidak pada tempatnya’.” (An-Nihayah fi Gharibil Hadits) 

Dengan keterangan di atas insyaAllah menjadi jelas bagi kita apa yang dimahukan dengan tabarruj..Hukumnya pun tampak bagi kita,yakni seorang muslimah dilarang keluar rumah dengan tabarruj.

Namun sangat disesalkan kenyataan yang kita dapatkan di sekitar kita..Berseliwerannya wanita dengan dandanan aduhai,ditambah wangi yang semerbak di jalan-jalan dan pusat keramaian,sudah dianggap sesuatu yang lazim di negeri ini..Bahkan kita akan dianggap aneh ketika mengingkarinya. 

Tidak usahlah kita membicarakan para wanita yang berpakaian “telanjang” di jalan-jalan,kerana keadaan mereka sudah sangat parah,membuat orang yang takut kepada Allah s.w.t dan hari akhir dan terus beristighfar..Cukup yang kita tuju para muslimah yang masih punya kesedaran berislam walaupun mungkin setipis kulit jari,hingga mereka menutup rambut mereka dengan kerudung dan membalut tubuh mereka dengan pakaian sampai mata kaki dengan berbagai model..Sangat disesalkan para muslimah yang berkerudung ini ikut berlomba-lomba memperindah penampilannya di depan umum dengan model ‘busana muslimah’ terkini dan kerudung ‘gaul’ yang penuh pernak-pernik,pendek,dan transparan.

Sehingga,berbusana yang sejatinya bertujuan menutup aurat dan keindahan seorang muslimah di hadapan lelaki selain mahramnya,malah menonjolkan keindahan..Belum lagi wajah dan bibir yang dipoles warna-warni..Tangan yang dihiasi gelang,jari-jemari yang diperindah dengan cincin-cincin,dan parfum yang dioleskan ke tubuh dan pakaian..Semuanya dipersembahkan di hadapan umum,seolah si wanita berkata, “Lihatlah aku,pandangilah aku..." Wallahul musta’an..

Semua ini jelas merupakan perbuatan tabarruj yang dilarang dalam Al-Quranul Kareem..Namun betapa jauhnya manusia dari bimbingan Al-Quran!!! Allah s.w.t melarang para wanita bertabarruj..Namun mereka bangga melakukannya,mungkin kerana ketidaktahuan atau memang tidak mahu tahu.

Boleh jadi ada yang menganggap bahawa larangan tabarruj ini hanya ditujukan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka yang menjadi sasaran pembicaraan dalam ayat 33 dari surah Al-Ahzab di atas..Jawapannya sederhana saja..Bila wanita-wanita solehah,wanita-wanita yang diberitakan nantinya akan tetap mendampingi Rasulullah s.a.w di syurga,para Ummahatul Mukminin yang suci itu dilarang ber-tabarruj sementara mereka jauh sekali dari perbuatan demikian,apatah lagi wanita-wanita selain mereka yang hatinya dipenuhi syahwat dunia..Siapakah yang lebih suci,isteri-isteri Rasulullah s.a.w ataukah mereka?Bila isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang merupakan cerminan solehah bagi wanita-wanita yang bertakwa itu diperintah untuk menjaga diri,jangan sampai jatuh ke dalam fitnah4 dan membuat fitnah,apalagi wanita-wanita yang lain.

Kalau ada yang menganggap larangan tabarruj itu hukumnya khusus bagi isteri-isteri Rasulullah s.a.w kerana mereka adalah pendamping manusia pilihan,kekasih Allah s.w.t,sementara wanita-wanita selain mereka tidak memiliki keistimewaan demikian,maka kita tanyakan:Dari sisi mana penetapan hukum khusus tersebut,sementara alasan dilarangnya tabarruj kerana akan menimbulkan fitnah bagi laki-laki?

Laki-laki yang memang diciptakan punya ketertarikan terhadap wanita,tentunya akan tergoda melihat si wanita keluar dengan keindahannya..Bila tidak ada iman yang menahannya dari kenistaan,nescaya ia akan berfikir macam-macam yang pada akhirnya akan menyeretnya dan menyeret si wanita pada kekejian..Bila tabarruj dilarang kerana alasan seperti ini, alu apa manfaatnya hukum larangan tersebut hanya khusus bagi para isteri Rasulullah s.a.w?Apakah boleh diterima kalau dikatakan para isteri Nabi Muhammad s.a.w dilarang tabarruj kerana mereka wanita mulia yang harus dijaga,tidak boleh menimbulkan fitnah,sementara wanita selain mereka tidak perlu dijaga dan kalaupun bertabarruj tidak akan membuat fitnah??? Di manakah orang-orang yang katanya berakal itu meletakkan fikirannya? Wallahul musta’an..

Al-Imam Abu Bakr AhmadB in ‘Ali Ar-Razi Al-Jashshash rahimahullahu menyatakan bahawa beberapa perkara yang disebutkan dalam ayat ini (Al-Ahzab: 33) dan ayat-ayat sebelumnya merupakan pengajaran adab dari Allah s.a.w terhadap isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w sebagai penjagaan terhadap mereka dan seluruh wanitanya kaum mukminin juga dituju oleh ayat-ayat ini. (Ahkamul Quran,3/471)

Surat An-Nur ayat 60 juga menunjukkan bahawa larangan tabarruj tidak hanya khusus bagi ummahatul mukminin,namun berlaku umum bagi seluruh mukminah..Bila wanita yang sudah tua dan sudah mengalami menopause saja dilarang tabarruj sebagaimana dalam ayat : 

غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِيْنَةٍ 

Dengan tidak bermaksud tabarruj dengan perhiasan yang dikenakan.” 
(Surah An-Nur Ayat: 60) 

Tentunya larangan kepada wanita yang masih muda lebih utama lagi..

Wanita yang keluar rumah dengan tabarruj hendaknya berhati-hati dengan larangan yang dinyatakan Rasulullah s.a.w dalam sabdanya berikut ini :

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا بَعْدُ، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيْلاَتٌ رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنَمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat,pertama: satu kaum yang memiliki cemeti-cemeti seperti ekor sapi yang dengannya mereka memukul manusia..Kedua: para wanita yang berpakaian tapi telanjang,mereka menyimpangkan lagi menyelewengkan orang dari kebenaran..Kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang miring/condong..Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium wanginya syurga padahal wanginya syurga sudah tercium dari jarak perjalanan sejauh ini dan itu.” 
(HR. Muslim no. 5547)

Kata Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullahu:

Nabi Muhammad s.a.w mencirikan wanita ahlun nar itu dengan (كَاسِيَاتٌ) maksudnya mereka mengenakan pakaian,akan tetapi mereka itu (َعَارِيَاتٌ)telanjang”, kerana pakaian yang mereka kenakan tidaklah menutupi aurat mereka dengan semestinya..Boleh jadi kerana pakaian itu tipis,ketat,atau pendek..Mereka itu مَائِلاَتٌ menyimpang dari jalan yang benar, مُمِيْلاَتٌ menyimpangkan orang lain dari kebenaran kerana fitnah yang dimunculkan dari mereka.

رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنَمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِrambut/kepala mereka seperti punuk unta yang miring",kerana rambut mereka ditinggikan hingga menyerupai punuk unta yang miring.” (Taujihat lil Muminat Haulat Tabarruj was Sufur,hal.18)

Kedua golongan di atas belum ada di zaman Nabi Muhammad s.a.w,namun sekarang telah kita dapatkan..Hal ini termasuk mukjizat Rasulullah s.a.w,di mana apa yang beliau khabarkan pasti terjadi. (Al-Minhaj,14/336)

Yang perlu diingat,tidaklah satu dosa diancam dengan keras melainkan menunjukkan bahawa dosa tersebut termasuk dosa besar..Sementara wanita yang keluar rumah dengan berpakaian namun hakikatnya telanjang,yang bertabarruj,berjalan berlenggak lenggok di hadapan kaum lelaki hingga menjatuhkan mereka ke dalam fitnah, dinyatakan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga.

Tersisalah pertanyaan: apakah dosa yang diancam seperti ini boleh dianggap remeh?Maka berhati-hatilah!!! 

1. Maksudnya pakaian luar yang kalau dibuka tidak menampakkan aurat.
2. Wafat tahun 311 H.
3. Hadits mungkar termasuk dalam hadits yang lemah.
4. Yang dimaksud dengan fitnah di sini adalah sesuatu yang membawa kepada ujian,bala,dan azab.
5. Terlebih lagi ada hadits yang berbunyi :

 مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim).

6. Wafat tahun 370 H. 

7 Yakni ayat ini tidak berlaku secara khusus bagi isteri-isteri Nabi s.a.w namun juga berlaku bagi wanita muslimah lainnya..Walaupun konteks pembicaraannya memang ditujukan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w,namun hukum yang disebutkan di dalam ayat berlaku umum. 

Dikutip dari Asysyariah.com Penulis : Al-Ustazah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah. Judul: Apa Itu Tabarruj 
 

  
   

   
 
 


 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...