Monday 16 July 2012

♥♥ Sayangilah Suami Anda ♥♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...
Kepada isteri2 dan juga bakal isteri….

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI....

SUATU PERJALANAN.....

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki,jangan lupa bimbing anak dan isteri..Kalau suatu hari berlaku selisih faham,jangan cepat menuding jari..Duduk berbincang dan cari kata sepakat..Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Teringat pesan abah di suatu petang...

"Abah dulu bila arwah ibu mula bising bersuara,abah tak mau balas dengan kata-kata..Abah keluar hidupkan enjin kereta,pergi ke kedai beli kuih pau kesukaan arwah ibu..Bila sampai saja di rumah,abah hulur pada arwah ibu,muka yang tadi masam terus tersenyum riang..Alhamdulillah..Suami kena tahu kesukaan isteri,supaya mudah memujuk hatinya." ^_^

Abah perkongsikan pengalamannya bersama arwah ibu..
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua..Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan..Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama,di awal,pertengahan dan di hujungnya..Sebab itu,sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja..Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi..Menerima kekurangan untuk saling menginsafi,suami mahu pun isteri bukanlah manusia yang sempurna..

SILAP ISTERI....

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati..Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara..Keburukan suami dijaja,atas alasan minta nasihat rumahtangga..Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita..

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: "Wahai kaum wanita,aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka"Seorang wanita lalu bangun bertanya,"Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?"

Rasulullah s.a.w menjawab,"Tidak..Bukan begitu..Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka :

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah.
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.

Ada kalanya,isteri merajuk tanpa sepatah kata..Suami yang tak tahu menahu,terus buat biasa..Muka isteri semakin kelat,hilang serinya..Menahan ego diri,ingin dipujuk dengan kata cinta,namun tidak berbicara dan bersemuka..Suami tertanya-tanya sendiri,akhirnya terasa hati..Salah siapa agaknya,bila masing-masing memendam rasa..Kasih mula bertukar marah..Marah marak menyala benci..

YANG LEBIH,YANG KURANG....
 Sebagai Contoh :

"Awak beruntung ya,dapat suami yang memahami..Tak seperti saya..Hari-hari menjeruk rasa,"luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata..

"Suami saya juga ada kurangnya..Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan..Saya pun isteri yang ada salah dan silap,"jawab saya supaya dia buka mata..

"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga,namun dia bijak berjenaka,meriah suasana..Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga,tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa..Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk,bermain kata..Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana..Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan..Pasti kamu juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia."Moga-moga dia berubah hati..Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami..

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU....

"Sedangkan lidah lagi tergigit,apa pula suami isteri,buang yang keruh,ambillah yang jernih..Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri,mari kita muhasabah diri..Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta-Nya bersemi kembali..Banyakkan istighfar dan juga sedekah,kerana janji Allah s.w.t setiap kebaikan menghapus kejahatan..

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami..Jangan bertangguh dan jangan lengah..Bimbang maaf tiada serinya lagi..

Pandang wajahnya,lihat matanya..Bisikkan di sanubari,"Terima kasih,suamiku..Engkau terbaik untuk diri ini."

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi..
Saling berpesan-pesan kepada kebaikan..

"The only real mistake is the one from which we learn nothing…"

Wallahu a'lam....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...