Saturday 23 June 2012

‎Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalammualaikum,



Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bkn hanya sekadar ketawa..
Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai air mata..
Bersyukur pada orang yg menyakitimu kerana dia yg menabahkanmu..
Bersyukur pada orang yg tidak mengendahkanmu kerana dia memupukmu berdikari.. Bersyukur pada orang yg menjatuhkanmu kerana dia memperhebatkan kemampuanmu..
Bersyukur pada orang yg menyeksamu kerana dia ingin menguji kesabaran dan ketabahanmu..


Tika titis air mata jatuh ke bumi
Biarlah hanya Allah yg mengetahui
Kerana hanya Dia penyembuh luka dan pemberi bahagia kepada hati dan naluri
Sedikit yg bermanfaat lebih baik daripada banyak yg melalaikan
Ujian Allah datang kerana kasihnya kepada hambanya agar iman terus meningkat
Hati semakin dekat dan jiwa lebih akrab dengannya
Jika ketenangan yang dicari Allah akan terus uji kita
Hingga pada satu masa kita akan rasa Indahnya Tawakal padanya
Dan itulah nikmat Ketenangan dalam jagaannya..



Hati itu ibarat berlian yg bergemerlapan
Dan setiap ukhuwah yg terjalin adalah penguat sinarnya
Maka simpanlah setiap satunya dalam hatimu
Mengertilah bahawa
Hidup ini tak pernah sepi
Dan kita punya teman yg x kan menyepi
Semoga ukhuwah yg dibina dengan lafaz Bismillah
Hanya akan diakhiri dengan lafaz Innalillah..
Aamiin Ya Allah..

Maafkanlah diri ini atas segala kekurangan..
Demikianlah sifat seorang mukmin dgn keimanannya yg benar,dgn tauhidnya yg bersih dan dgn sikap iltizam komitment yg sungguh2..
InsyaAllah~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...