Monday 25 June 2012

Hadith Rasullah S.A.W

 Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .



Assalamualaikum...



7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat

Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
7 golongan yang akan dilindungi Allah s.w.t di bawah bayangan rahmatNya
pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:
  1. Pemerintah yang adil.
  2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid.
  4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah..Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita,lalu dia berkata: "Sesungguhnya saya takut kepada Allah."
  6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya.
  7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari,Muslim dan lain-lain)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...