Saturday 23 June 2012

Pintu Kebaikan Dan Petunjuk Taqwa



Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

 Assalamualaikum...

"Telah Diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal r.a maka katanya : 
Hai Rasulullah,khabarkanlah aku amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka."

Sahutnya: Bahawasanya telah engkau tanyakan kepada aku pekerjaan yang amat besar sekali tetapi amat mudah atas siapa-siapa yang berolah kurnia daripada Allah s.w.t..Maka hendaklah engkau sembah Allah dan janganlah engkau memepersekutukan dengan suatu apapun..Dirikanlah sembahyang 5 waktu,bayarkan harta zakat,puasa di Bulan Ramadhan dan pergilah naik haji kepada Baitullah..

Kemudian katanya lagi: Bukankah telah aku tunjukkan kepada engkau beberapa pintu kebaikan: Puasa itu memelihara akan diri daripada kejahatan,sedekah itu memadami kejahatan sebagaimana air memadami api dan bahawa sembahyang lelaki pada keheningan malam,kemudian ia membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Berenggang lambungnya dari tempat tidurnya hingga selesai amalannya."


Kemudian bertanya lagi kepada aku: Tidakkah aku telah khabarkan kepada engkau dari hal segala pekerjaan,tiangnya dan punca sibuknya,kataku: Ya..Telah engkau khabarkan kepada aku..Berkata Rasulullah s.a.w: Kepala segala pekerjaan itu ISLAM,tiangnya sembahyang dan punca sibuknya berperang..

Kemudian katanya lagi kepada aku: Bukankah telah aku ceritakan kepada engkau dari hal perkara yang boleh berkuasa atas tiga perkara yang tersebut itu. Kataku: Ya…Telah engkau ceritakan kepada aku..Setelah itu dipegang oleh Rasulullah s.a.w akan lidahnya seraya berkata: Tahanlah lidah ini atas engkau,kataku wahai Nabi Allah,beroleh seksakah kami dengan apa-apa yang dicakapkan oleh lidah kami? Maka sahutnya: "Hai kiranya tiadalah kamu berjumpa dengan ibu engkau! Tiadalah boleh manusia masuk neraka disebabkan muka atau hidungnya tetapi dengan kesalahan lidahnya sendiri."
Hadith Riwayat At- Tarmizi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...