Friday 29 June 2012

♥ ♥ ~Salam Ikhlas Penuh Ukhuwah ~♥ ♥

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...


Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain..Renunglah dengan mata hatimu setulusnya..Janganlah kerana peribadi burukku,menghalang dirimu melakukan yang terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan Agama Allah s.w.t..Ambillah mutiara kata ini buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran..


Sahabatku..

Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru..Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinar keislaman dalam dirimu,semoga Nur Ilahi akan membening seluruh perjalanan hidupmu..


Sahabat Muslimahku..


Keremajaanmu menyegarkan pandangan dan melimpahkan nyaman pada malam..Dengan keremajaanmu,kamu boleh sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran..Ingatlah,kau bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia..Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka..Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kamu cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat..


Peliharalah keindahan yang kamu miliki kerana Allah s.w.t mengujimu dengan menciptakan kamu pada bentuk yang teramat indah,halus dan sempurna..Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan memandangmu dengan pandangan yang luar biasa..


Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan..Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis..Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu..Berhati-hatilah menggunakan lidahmu,jangan sampai bibirmu menuturkan bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain..Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah teman bicara..Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan,yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kamu miliki setanding dengan ketulusan peribadimu..


Sahabat Muslimahku..

Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana..Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan..Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna..Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu..Rebahkan pandangan matamu,renunglah setiap inci bumi,nescaya kamu berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu..


Sahabat Muslimah Yang Dikasihi...

Sesekali,mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipan bintang-bintang,nescaya kamu akan temui berjuta keagungan ciptaan Rabbul 'Alamiin'..Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian..Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat..Sedarlah,hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan..Selamilah dasar hatimu dan bisiklah pada diri alangkah kosongnya jiwa,alangkah hinanya roh tanpa hiasan apa-apa..Salutilah tubuhmu dengan Iman,kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan..Bersihkanlah hatimu,kemanisan Iman sukar dikecapi tanpa janji Allah s.w.t..


Jadilah seorang Muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati..Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan..Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawwuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan..


Serikandi Muslimah sejati..

Alangkah baiknya di saat-saat kamu dilanda Musibah,kamu tabah mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan..Tatakala kamu dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia,maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali kehadrat Ilahi,moga-moga kamu bakal bertemu kedamaian..


Sucikan wajahmu dengan air wudhu dan basahkan matamu dengan air mata keinsafan..Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kamu hembuskan seikhlas jiwa,semurni sanubari memohon keampunan..Renunglah,resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan Allah s.w.t kecintaan Allah melimpah dan melaut di segenap penjuru alam,walaupun ada yang lupa erti kehidupan..


Dan,roh ketenangan akan mendakap dirimu hingga kamu terasa tiada tabir yang menabiri setiap kali pertemuan kamu dan DIA..Ketaqwaan hendaklah dipupuk agar matlamat dan cita-cita yang kamu bawa akan tercapai suatu masa kelak dengan izin-NYA,insyaAllah..




Akhirul kalam,ingatlah walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat,jangan sesekali menyombong diri..Sesungguhnya wanita itu lemah.Dan dijadikan Ar rijal sebagai pelindung buatmu..Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh Imannya.. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan dan tunjang kecintaan kepada Ilahi, insyaAllah..^_^

Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...