Saturday 23 June 2012

~ Muslimah Sejati ~

Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dickelopak iman…


Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan ummat Nabi…



Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…


Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan
Hati suami dan keluarga...


Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…


Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…


Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan ummat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantika diri…


Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati…


Sedarilah bahawa permulaan ini mempunyai akhir dan sebaliknya yg mempunyai pelbagai rahsia,pengetahuan dan hal yg tersingkap..Syaitan laknatullah berusaha menjerumuskanmu dan membuatmu lupa terhadap tempat kembalimu..Ketahuilah bahawa milikmu yg berada di tempatmu tidak betul2 murni menjadi milikmu kerana semuanya akan dikembalikan kepada Allah s.w.t jua akhirnya..Ingatlah selalu..
Semoga Allah s.w.t redha pada semua amalan kita dan diterima di sisinya..
Aamiin Ya Allah..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...